[VIDEO] “Selamba bye kelas belum habis,” Gadis Kantoi Tak Tutup Mic Beli Aiskrim, Siap Dengar Lagu ‘Mat Kool’

Seperti yang kita tahu, dunia dikejutkan dengan fenomena wabak pandemik yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diutuskan oleh kerajaan.

PKP menyebabkan operasi pelbagai sektor terjejas dan diarah tutup, termasuk sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT). Disebabkan itu, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah mahupun universiti dikendalikan secara maya melalui sistem e-pembelajaran.

Namun lain pua kisahnya dengan video yang tular baru-baru ini dimana seorang pelajar kantoi membeli aiskrim semasa kelas online mengudang dekah ramai.

Menerusi video hasil perkongsian seorang pengguna TikTok @adulenn, kelihatan ketika itu sedang berlangsungnya kelas yang diadakan secara dalam talian menerusi ‘video call’ sahaja.

Namun apa yang membuatkan orang ramai lebih terhibur adalah ketika semua pelajar sedang fokus dengan pembelajaran, seorang daripada mereka terlupa untuk menutup mikrofonnya ketika membeli aiskrim.

Apa yang lebih mencuit hati adalah, kedengaran bunyi lagu aiskrim popular Mat Kool yang sangatlah menggamit kenangan waktu ‘child hood’ dahulu.

Bukan itu sahaja, diajuga sempat bercakap ‘bye’ kepada penjual aisrim tersebut dan situasi itu membuatkan lecturernya tergelak dengan memberitahu “Adoi, kantoi habis”.

Bagaimana pun, dia tidak menyedari halitu sehinggalah perkara tersebut diberitahu oleh rakannya menrusi pesanan mesej.

Video yang tular di laman TikTok:

@adulenn Reply to @nakkayatapimalas ♬ original sound – Soney Saliun – Romey☑️

@adulennterima kasih menceriakan kelas petang😩😭🤣🤣👍🏻♬ original sound – Alen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 985.8K tontonan, 136.3K tanda suka, 1145 komen dan 1478 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah gadis tersebut dan dalam pada masa yang sama ada juga yang rindu suasana ‘childhood’ dahulu dimana mereka ‘pantang’ dengar lagu asikrim Mat Kool, mesti minta ibu atau bapa belikan mereka aiskrim.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

“Siapa je yang tak happy klau ice cream mat kool datang”

“bye tu cute weh”

“comel je eksaited beli aiskrim”


“lagu motor eskrem tu paling tak boleh bla do HAHAHAHA”

“Kantoi habis hahahha comel betul”

“dia punya bye tu happy betul tu mat