[VIDEO] Selamat Jalan Perwiraku, Tangisan Keluarga Iringi Pemergian Anggota ATM Ke Lubnan.

Selamat Jalan Perwiraku. Tugas berat yang dipikul dibahu Para Prajurti negara bukanlah sesuatu yang mudah.

Sudah menjadi lumrah mereka demi berjuang untuk negara dan banyak perkara yang mereka perlu korbankan.

Ianya termasuklah masa yang perlu dikorbankan bersama keluarga dan anak-anak demi untuk menjalankan tugas mereka berbakti kepada negara.

Para Prajurit harus diberikan pujian kerana bakti mereka yang berusaha untuk menjaga keamanan negara walaupun terpaksa mengorbankan diri dan keluarga.

Tular beberapa foto sekitar hari ini dan semalam, Kumpulan Pertama MALBATT 850-7 telah diterbangkan ke Lubnan untuk menyertai misi UNIFIL dan satu majlis Pemakaian Beret PBB, Penyerahan Bendera Malaysia telah diadakan.

Tangisan Keluarga Iringi Pemergian Para Prajurit

Menerusi satu perkongsian video dari Sinar memaparkan detik-detik setiap anggota mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga mereka.

 

Sementara itu, menerusi foto dan video yang telah dikongsikan di laman sosial Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, suasana pilu mengiringi pemergian mereka.

Suasana pilu dan tangisan saat kesemua anggota perlu mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga masing-masing.

Kelihatan beberapa tangisan anak-anak kecil yang pastinya akan sering kali merindui ayah mereka yang jauh berjuang demi negara.


Sementara itu, ada diantara beberapa anggota tidak dapat menahan sebak dan ada diantaranya cuma memujuk anak kecil mereka supaya berhenti menangis.

Bukan mudah meninggalkan keluarga dalam jangka masa yang panjang dan pastinya setiap anggota berdepan suasana pilu saat itu.

Selamat Jalan Perwiraku

Pasukan MALBATT 850-7, yang diketuai oleh Kol Khairul Anwar bin Soib bersama 50 Pegawai dan 165 anggota lain-lain pangkat termasuk 2 anggota dari ABDB, antara yang terpilih untuk menyertai misi UNIFIL, di Lubnan.

Rata-rata netizen sebak melihat besarnya pengorbanan yang perlu ditempuh Anggota Tentera Malaysia demi tugas.

Ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat dan doa yang mengiringi pemergian mereka agar kesemua mereka selamat pergi dan kembali dengan selamat.