[VIDEO] Bekas Pemain JDT, R. Gopinathan Sah Masuk Islam

R. Gopinathan yang merupakan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Pahang, telah disahkan memeluk agama islam pada hari ini.

Gopi melafazkan dua kalimah syahadah di Pejabat Majlis Agama Islam Pahang dan kini bergelar sebagai seorang mualaf.

Pemain sayap bagi pasukan PDRM FA itu akan menggunakan nama Muhammad Gopi Rizqi Bin Rama Chandra selepas bergelar mualaf.

Dalam video yang berdurasi 45 saat itu memaparkan R. Gopinathan sedang mengucapkan lafaz kalimah syahadah bersama dengan seorang lelaki di pejabat Majlis Agama Islam Pahang.

Gopi juga dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya yang berketurunan melayu islam dalam masa terdekat.

Gopi sekarang beraksi dengan pasukan PDRM FA dalam saingan Liga Premier. Pada tahun 2016, Gopi pernah menyertai skuad The Red Giants setelah 6 tahun menyarung jersi Pahang.

Beliau kemudian menerima tawaran untuk beraksi dengan skuad skuad Harimau Selatan pada tahun 2017.

Bagaimanapun, pemain sayap prolifik itu kerap memanaskan bangku simpanan ketika bersama JDT dan hanya tampil beraksi penuh 90 minit ketika perlawanan Piala AFC menentang kelab Myanmar, Magwe FC yang menyaksikan Gopi menjaringkan gol untuk mengikat kedudukan 1-1.

Gopi turut memohon peminat supaya mendoakan dia kekal sebagai seorang Islam sehingga akhir hayat.