[VIDEO] Solat Jemaah Walau Berkaki Palsu, Lelaki Sujud Atas Sejadah Buat Netizen Sebak

Bagi orang Muslim solat adalah tiang agama. Setiap muslim wajib mengerjakan solat 5 waktu yang merupakan satu ibadah yang dituntut dalam Islam.

Ibadah 5 waktu perlu ditunaikan termasuklah golongan yang cacat anggota ataupun lebih sopan dipanggil golongan orang kurang upaya (OKU)

Satu video telah tular di laman sosial Instagram apabila seorang lelaki cacat anggota sedang menunaikan solat secara berjemaah.

Video itu telah dikongsi oleh Ilmfeed yang memaparkan seorang lelaki sedang menunaikan solat sedang berdiri menggunakan kaki palsu.

Walaupun dalam keadaan begitu, lelaki itu tetap menunaikan kewajipan 5 waktu dan video itu telah mendapat tumpuan ramai.

Menerusi video yang dikongsikan, lelaki itu memakai kedua belah kaki palsu sedang berdiri menunaikan solat berjemaah bersama jemaah yang lain.

 

View this post on Instagram

 

We have so much to be grateful for. The least we can do is pray our 5 salahs. We have no excuses. . Video: Raşit Delioğlu

A post shared by IlmFeed (@ilmfeed) on

 Rakaman video yang telah tular itu diambil dari luar negara. Namun ia tetap berjaya mencuri tumpuan ramai dan berjaya memberi kesedaran kepada yang lain.

Betapa kuat iman lelaki tersebut walaupun dalam keadaan cacat anggota masih mahu menunaikan solat secara berjemaah bersama yang lain.

Satu sifat yang terpuji yang boleh menjadi inspirasi bahawa tiada kekurangan yang dapat dijadikan alasan untuk tidak menunaikan kewajipan pada Ilahi.

Lelaki itu juga dilihat tidak menjadikan kekurangan yang ada pada dirinya untuk mengasingkan diri dari masyarakat.

Satu amalan murni yang perlu dipupuk supaya golongan kurang upaya tidak berasa tersisih dan mereka juga masih dialukan untuk bergaul bersama masyarakat.

Semoga ketekunan lelaki itu menjadi inspirasi kepada masyarakat diluar sana dan tidak menjadikan kekurangan yang ada pada diri sebagai alasan untuk kita berasa tersisih.

Seharusnya kita yang sempurna akal dan anggota badan perlu mensyukuri nikmat yang diberikan dan menjadikan kita lebih rajin melakukan ibadah.

Semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua pembaca.