[VIDEO] “See my level” Terkejut Muka Jep Bila Diva AA Masuk Sepahtu Reunion Live

Masih mengekalkan tema kemasyarakatan serta berdialog tanpa sebarang skrip, rancangan ‘Sepahtu Reunion Live’ bagi musim tahun ini sering kali ditunggu ramai. Selain anggota kumpulan pelawak itu sendiri, gelagat artis jemputan dan cameo dalam setiap episod malah turut membuatkan para penonton tak kering gusi. Dengan tajuk ‘Suri Hati Encik Duda’ malam tadi, Jep yang memegang watak [...]

Siapa tak kenal dengan kumpulan lawak Sepahtu yang sememangnya mempunyai peminat mereka tersendiri.

Selain keluar dengan projek Sepahtu Reunion mereka juga aktif sebagai penyampai radio.

Rancangan Sepahtu Reunion Live yang kini bersiaran setiap hari Jumaat jam 9 malam di Astro warna sememangnya dinantikan oleh peminat sitkom tanah air.

Program ini yang mengekalkan tema kemasyarakatan serta dialog tanpa sebarang skrip membuatkan rancangan Sepahtu Reunion Live bagi musim tahun ini sering kali ditunggu para peminat.

Apa yang menarik dengan program ini adalah rancangan sitkom spontan ini akan mengundang selebriti lain tanpa diketahui oleh ahli kumpulan Sepahtu sendiri ataupun disebut ‘cameo’.

Suri hati encik duda

Persembahan mereka malam tadi dengan tajuk ‘Suri Hati Encik Duda’ di mana Jep memegang watak sebagai Yeop menyatakan hasrat untuk bernikah dengan anak kawannya sendiri, Suri.

Watak Suri dibawakan oleh Isyariana dikritik oleh ahli keluarganya kerana watak Yeop yang sudah berusia.

Diva AA datang

Namun, para penonton menjadi gamat tiba-tiba apabila kemunculan Azwan Ali yang terkenal dengan nama Diva AA semasa majlis pernikahan Yeop dan Suri.

Dapat dilihat riak wajah Jep dan Rahim yang terkejut dengan kehadiran DIva AA kerana sebelum ini Jep pernah melakonkan wataknya semasa persembahan bersama Cik B.

Azwan Ali yang membawa watak sebagai jurugambar masih dengan karakter Diva AA dengan selfie stick miliknya.

Apa yang mencuit hati penonton adalah apabila Jep berani mengusik Azwan Ali dengan mengatakan akan memanggil Cik B kalau Azwan masih tak keluar dari pentas.

“Tak keluar-keluar aku panggil Cik B kang!”

Rata-rata penonton sangat terhibur dengan persembahan mereka pada minggu ini.