[FOTO] “Tak makan walau sebutir nasi” Che Puan Syamim Kongsi Tak Makan Nasi Sejak 9 Tahun Lepas

Pelakon dan hos, Che Puan Syamim Farid akui pendedahannya yang tidak sentuh nasi sejak sembilan tahun lalu mengejutkan ramai, malah ada yang memberikan reaksi bercampur-campur mengenai perkara berkenaan. Masih lagi mengambil makanan sihat, isteri kepada Y.M Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini juga menyifatkan dirinya beruntung kerana keluarga memahami akan rutin pemakanannya [...]

Naib Juara Dewi Remaja 2015 yang kini terkenal sebagai hos, Che Puan Syamim Farid akui pendedahannya yang tidak sentuh nasi sejak sembilan tahun lepas mengejutkan ramai.

Menurutnya, ramai yang memberikan reaksi bercampur-campur mengenai perkara tersebut.

Isteri kepada Y.M Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Al-Haj ini menyifatkan dirinya beruntung kerana keluarga memahami akan rutin pemakanannya itu.

Syamim memberitahu mula tidak menjamah nasi apabila giat bersenam di gimnasium.

“Sebenarnya, saya mulai tidak jamah nasi apabila melakukan senaman giat di gim. Sejak itu saya terfikir apa cara terbaik untuk kekalkan bentuk tubuh dan lakukan pembacaan.”

Syamim mula kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi.

“Dari situ saya mula kurangkan ambil makanan yang ada karbohidrat yang tinggi. Sedikit demi sedikit, saya memang ‘cut off’ pengambilan nasi secara total. Sampai sekarang memang tak makan, walau sebutir nasi.”

Malah menurut Syamim, pada peringkat awal ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

 

View this post on Instagram

 

BEST BIRTHDAY SURPRISE EVERRR!!! 😭♥️🎈 #29on29 #TEStraveldiarie

A post shared by S Y A M I M F A R I D (@syamimfarid) on

“Pada peringkat awal saya akui ia bukan satu hal yang mudah, tetapi lama kelamaan, ia sudah jadi normal bagi saya,”

Menurutnya lagi, di dalam keluarganya, hanya dirinya saja yang tidak mengambil nasi.

“Dalam keluarga, setakat ini hanya saya seorang yang tidak mengambil nasi. Cuma, menu lain seperti sambal belacan saya masih makan, cicah dengan ulam-ulaman.

“Saya tidak ambil nasi sejurus tamat belajar di IPT. Cuma kalau siapa yang kenal saya, dulu memang saya kuat makan. Cuma sejak ke gim saya kian fokus untuk kekalkan ‘tone’ badan.”

Pada awalnya, Syamim tidak terus menolak nasi, tetapi mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit.

“Dulu bukan kata saya tolak terus nasi, tapi ambil dalam kuantiti sedikit sebelum tidak ambilnya terus,”

 

View this post on Instagram

 

A Sunday well spent brings a week of content 💃🏼

A post shared by S Y A M I M F A R I D (@syamimfarid) on

Syamim menyifatkan dirinya seorang peskatarian iaitu orang yang mengamalkan pemakanan ‘seafood’ dan sayur-sayuran sebagai menu harian.

Walau bagaimanapun, Syamim tidak tolak kemungkinan untuk makan nasi semula sekiranya hamil demi kandungan.

“Tambahan pula, saya masih lagi makan sesuatu yang berkhasiat. Akan tetapi, sekiranya saya ditakdirkan hamil dan perlu makan menu lain dari sebelum ini demi kesihatan bayi, saya tidak kisah.”

“Memang saya sudah niat. Hanya berikan yang terbaik untuk bayi dalam kandungan. Cuma sekarang masih belum ada rezeki zuriat lagi.Manalah tahu bila sudah mengandung, selera makan saya akan berubah, siapa sangka kan?”

Terdahulu, Syamim mula menceburi dunia hiburan tanah air selepas menjadi sebagai salah seorang finalis sekaligus bergelar naib juara Dewi Remaja 2014/15 yang turut disertai Raysha Rizrose yang merangkul gelaran juara, Balqish Maarif, Deeba Halil, Puteri Aishah, Fify Azmi, Mimi Lana, Natrah Khalid dan Mawar Rashid.