“Kalau betul salah, biar polis..” Luahan Datin Seri Nur Shahida

Sekitar minggu ini, isu hangat meniti di bibir netizen adalah mengenai seorang usahawan kosmetik yang didakwa telah menderaa anak beliau.

Ramai yang mendakwa usahawan kosmetik itu adalah Datuk Seri Aliff Syukri yang mana telah melakukan perbuatan itu tehadap anak angkat beliau yang berusia 2 tahun.

Beliau didakwa telah memukul anak angkatnya itu dengan menggunakan tangan dan kasut serta mencubit mangsa sehingga meninggalkan kesan pada badannya.

Beliau dikatakan memukul mangsa yang menangis ketika sedang sibuk merakam video untuk kandungan YouTube miliknya.

Sementara itu, isteri kepada usahawan kosmetik tersebut, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dilihat tidak memberi sebarang komen di media sosial.

Beliau dikatakan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis susulan dakwaan suami wanita itu dikaitkan dengan kejadian menerusi Harian Metro

“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan”ujar beliau.

Datin Seri Nur Shahida turut menjelaskan, jika betul dakwaan bahawa suaminya dikaitkan dengan kejadian memukul anak angkat mereka, dia membiarkan pihak polis ambil tindakan terhadap perlakuan itu.

Namun begitu, Datin Seri Nur Shahida kelihatan enggan mengulas lebih lanjut mengenai kes yang melibatkan suaminya itu.

Difahamkan, Datin Seri Nur Shahida yang kini menunaikan umrah bersama anaknya sejak 23 Februari lalu berkata, sebaik-baiknya biar perkara itu diselesaikan pihak berwajib.

“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan,” katanya

“Saya tidak ada apa nak komen. Biar polis buat kerja mereka” katanya ringkas.

Datuk Seri Aliff Syukri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan

Sementara itu, Datuk Seri Aliff Syukri dimaklumkan serta dinasihatkan untuk tidak melakukan sebarang kenyataan agar tidak mengganggu siasatan polis dan mengeruhkan lagi keadaan.

Ketika dihubungi, beliau hanya mengulas ringkas dan memohon doa yang terbaik buat dirinya.

“Doakan yang terbaik,” jawabnya ringkas.

Beliau yang ditanya lanjut mengenai dakwaan yang timbul mengulas turut menyerahkan siasatan kepada pihak polis.

“Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis”.

“Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera“.

Malah beliau turut berharap agar netizen diluar sana berhenti membuat sebarang spekulasi yang berlaku kepada dirinya.