[VIDEO] “Sedih tgk Bunga Citra Lestari” Netizen Turut Bersedih Lihat BCL Sembab di Sisi Jenazah

Setiap pasangan yang berumah tangga impikan kebahagiaan dan hidup hingga ke tua. Jadi, memang tak boleh nak bayang perasaan Bunga Citra Lestari bila suaminya yang baru menginjak usia 40 tahun ini pergi secara mendadak. Tambah menyedihkan lagi, malam semalam semasa menjadi juri di rancangan realiti TV Indonesia, BCL sempat menyanyikan lagu Soulmate dendangan Kahitna tanpa [...]

Hari ini dunia hiburan tanah air dan Indonesia dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon terkenal Ashraf Sinclair yang disifatkan secara tiba-tiba.

Allahyarham Ashraf disahkan meninggal dunia pada awal pagi tadi oleh keluarganya.

Tak dapat dibayangkan bagaimana perasaan isteri, Bunga Citra Lestari apabila suami yang baru menginjak usia 40 tahun ini pergi secara tiba-tiba.

Lebih menyedihkan lagi, malam semalam semasa menjadi juri di rancangan realiti TV Indonesia, BCL sempat menyanyikan lagu Soulmate dendangan Kahitna tanpa mengetahui dia bakal pulang dan menemui suaminya dah tak bernyawa.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram Lambe Turah, satu video telah dimuat naik menunjukkan suasana di dalam rumah Bunga Citra Lestari.

Di dalam video tersebut, dapat dilihat reaksi si balu ini dengan matanya yang sembab dan sedaya upaya cuba untuk kuat bagi melayan tetamu yang hadir.

 

View this post on Instagram

 

. Kak unge yang tabah ya Kak unge yang sabar yaaa . 😭😭😭😭

A post shared by OFFICIAL LAMBE TURAH ENTRNT (@lambe_turah) on

Rata-rata netizen turut sama berduka melihatkan keadaan BCL ini dan meninggalkan komen agar dia terus kuat menghadapi ujian ini.

“Cinta kita melukiskan sejarah, menggelarakan cerita penuh suka cita, sehingga siapapun insan Tuhan pasti tahu, cinta kita sejati…” ternyata lagu itu tercipta utk dirimu sendiri mbak Unge. Smg Alm. Diterima disisiNya dan klg yg ditinggalkan diberikan kesabaran – berniceclearose

padahal tahun lalu lebaran bareng ,padahal bulan lalu ngrayain tahun baru bareng padahl seminggu lalu masi ketmu padahal 1 hari yg lalu masi sama sama bahkan semalem pun mungkin masi sama² tapi.. di keesokan paginya allah ambil suami tercinta yang udah nemenin bertahun tahun… astaga bayangin aja gak sanggup..  – enggarput 

Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah mendirikan rumah tangga pada November 2008 di Jakarta, Indonesia.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclai yang dilahirkan pada tahun 2010.