[FOTO] Sempat Ziarah Adik & Yuna di Amerika, Percutian Terakhir Ashraf Sinclair Dengan Isteri

Kunjungan Ashraf Sinclair dan  isteri tercinta, Bunga Citra Lestari ke Amerika Syarikat merupakan percutian bersama terakhir pelakon terkenal Malaysia yang popular di Indonesia,  sebelum aktor tersebut meninggal dunia. Berusia 40 tahun, Ashraf disahkan meninggal dunia kira-kira 4.15 pagi di Jakarta. Ashraf dan Bunga Citra Lestari dilaporkan berkunjung ke negara Uncle Sam itu kira-kira minggu lepas [...]

Dunia hiburan tanah air dan juga Indonesia hari ini dikejutkan dengan pemergian Ashraf Sinclair secara tiba-tiba.

Keluarga Allahyarham mengesahkan Ashraf sudah ‘pergi’ dijemput Ilahi pada awal pagi Selasa kerana sakit jantung.

Beberapa hari sebelum ini, Ashraf Sinclair dan isterinya Bunga Citra Lestari telah berkunjung ke Amerika Syarikat untuk bercuti.

Mereka juga sempat berjumpa dengan adik Ashraf, Adam Yousof dan juga isterinya penyanyi terkenal, Yuna Zarai.

Ashraf dan Bunga Citra Lestari dilaporkan berkunjung ke negara tersebut kira-kira minggu lepas apabila gambar yang dimuat naik menunjukkan lokasi tersebut.

Mereka berdua juga saling memuat naik gambar bersama di Amerika Syarikat dan dikatakan menghabiskan masa bersama untuk menyambut Hari Kekasih di Amerika Syarikat dan makan malam bersama.

Ashraf kemudiannya dilaporkan pulang terlebih dahulu ke Indonesia bersama beberapa orang lain sebelum diikuti BCL pada hari berikutnya.


Sebelum pulang ke Malaysia, Ashraf turut sempat bertemu dengan adiknya yang juga suami kepada Yuna, Adam Yousof yang menetap di sana.

Malah, Adam ada memuat naik foto bersama di laman Instagram miliknya bagi melepaskan kerinduan.

Bunga Citra Lestari turut memuat naik foto bersama Yuna ketika mereka berada di Amerika Syarikat.

Bunga Citra baru sahaja selesai menjadi juri dalam pertandingan nyanyian Indonesia Idol yang bakal melabuhkan tirai malam nanti.

Rata-rata para peminat meninggalkan komen takziah di laman Instagram kedua-dua selebriti ini di samping meluahkan rasa terkejut dengan pemergian Allahyarham secara tiba-tiba.

Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah mendirikan rumah tangga pada November 2008 di Jakarta, Indonesia.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclai yang dilahirkan pada tahun 2010.