[VIDEO] “Ashraf baik hati dan penderma tetap” Pengurus Yayasan Anak Yatim Dedah Amalan Ashraf Sinclair

Semasa hidupnya, Ashraf Sinclair dikenali sebagai seorang lelaki yang murah hati. Dia juga menjadi penderma tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman. Menurut Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib, ketika ditemui di rumah pengebumian, dia dan anak-anak yatim piatu yang lainnya merasa sangat kehilangan sosok Ashraf Sinclair. Mereka masih lagi tidak mempercayai [...]

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah dengan kisah pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang dikenali sebagai seorang yang pemurah dan baik hati.

Semasa hayatnya, Ashraf adalah penderma tetap di sebuah rumah anak yatim piatu iaitu Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman.

Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib, ketika ditemui di rumah pengebumian memberitahu dia dan anak-anak yatim piatu yang lainnya merasa sangat kehilangan Ashraf Sinclair.

Bahkan, mereka masih lagi tidak mempercayai bahawa suami Bunga Citra Lestari itu telah pergi buat selamanya.

Menurutnya lagi, Ashraf sangat akrab dan tidak segan untuk menegur semua anak-anak di sana.

“Beliau sangat akrab, baik hati, dan tidak segan menyapa. Kami sangat merasa kehilangan saat mendapat berita duka ini,” kata Ahmad Habib.

“Dia kerap datang ke situ. Setiap kali datang, dia akan memberi sumbangan kepada kami.

“Kali terakhir dia datang ialah dua bulan lalu. Ketika itu dia nampak sihat,” katanya.

Ahmad Habib berkata, pemergian Ashraf pasti membuatkan anak-anak yatim di situ merasai kehilangannya.

“Mereka tak percaya dia sudah pergi. Ia terlalu cepat. Ashraf sangat baik hati dan kerap bertegur sapa. Kami merasa sangat kehilangan apabila mendapat berita ini,” katanya.

Ashraf Sinclair kerap pergi ke yayasan yatim piatu itu dan kali terakhir beliau ke sana adalah pada dua bulan yang lalu.

Ashraf meninggal dunia pada usia 40 tahun awal pagi Selasa dan disahkan oleh keluarganya akibat sakit jantung.

“Dia akan datang dengan sangat kerap. Setiap kali dia mendapat rezeki, dia akan datang dan berkongsikan rezeki kepada kami.

“Dua bulan yang lalu, kami masih bersahabat.”

Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah mendirikan rumah tangga pada November 2008 di Jakarta, Indonesia.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclai yang dilahirkan pada tahun 2010.