[VIDEO] “Sedih pulak tengok keadaan dia” Da’i Syed Berbaju Ungu Nampak Ceria

Pendakwah muda yang berdepan dengan beberapa tuduhan merogol dan cabul dilihat hadir ke  Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pagi ini. Menerusi perkongsian video yang dibuat oleh Mstar, Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail dilihat memakai pakaian lokap dan sempat menegur pihak media yang hadir membuat liputan kesnya di mahkamahh. Dalam video tersebut, dapat [...]

Pendakwah selebriti Dai Syed yang berdepan dengan beberapa tuduhann dilihat hadir ke  Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pagi ini.

Menerusi perkongsian video yang dibuat oleh mStar, Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail dilihat memakai pakaian lokap dan sempat menegur pihak media yang hadir membuat liputan kesnya di mahkamah.

Dalam video tersebut, dapat didengar Syed mengucapkan terima kasih kerana sudi datang dan sempat bertanya khabar dengan pihak media.

Syed juga meminta agar orang ramai mendoakan urusannya di permudahkan dan sebelum dibawa bergerak masuk ke bilik tahanan reman.

Terdahulu, menerusi laporan daripada Beritah Harian, Polis Petaling Jaya memaklumkan menerima dua laporan polis terhadap suspekk.

Kes yang dilaporkan oleh seorang wanita berusia 22 tahun yang juga seorang guru sebuah sekolah di Lembah Klang.

“Beginilah keadaan terkini pendakwah muda Da’i Syed ketika hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada pagi Isnin.

“Hadir dengan memakai baju lokap, Syed kelihatan tenang dan ceria malah sempat menegur pihak media.

“Kita doakan yang baik-baik je ok!

“Sedih pulak Min tengok. Yalah… bab perbuatan dia tu hanya Allah saja yang tahu tapi kita sebagai manusia tetap ada rasa simpati.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Susulan daripada itu, pihak polis Petaling Jaya memaklumkan bahawa suspekk yang sebelum ini disiasat oleh pihak polis Shah Alam akan diserahkan kepada pihak polis Petaling Jaya bagi siasatan kes di daerah tersebut pula.

Rata- rata netizen meninggalkan komen dengan pendapat yang pelbagai di video yang dimuatnaik tersebut.

Dai Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pendakwah muda.

Syed mula mencipta nama selepas penyertaan dalam rancangan realiti agama, Da’i Pendakwah Nusantara musim keempat pada 2016 yang meletakkannya di tempat keempat.