[VIDEO] Sedih Hingga Mengalirkan Air Mata, Anjing Ini Setia Menunggu Di Tepi Keranda Tuannya

Seringkali kita dengar perkongsian mengenai anjing peliharaan yang setia menunggu tuannya kemana sahaja.

Ramai orang bukan Islam memelihara anjing untuk dijadikan teman terutama bagi mereka yang tinggal bersendirian.

Anjing dikatakan seekor haiwan yang sangat setia dengan tuannya sehinggalah ke akhir hayat.

Walaupun anjing tidak mampu berkata-kata tetapi kasih sayang yang ditunjukkan kepada tuan mereka jelas menerusi perbuatan  haiwan peliharaan itu.

Satu perkongsian di laman sosial Facebook Myhanh Ly telah tular mengenai kisah seorang anjing yang setia disisi keranda tuannya.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan raut sedih anjing itu sehingga mengalirkan air mata seakan-akan memahami yang tuannya telah tiada.

Anjing hitam itu dipakaikan kain kuning di leher dan setia menunggu di tepi keranda tuannya ketika upacara perkabungan tuannya yang merupakan seorang warga emas.

Anjing itu seakan tahu apa yang sedang berlaku kerana dia juga turut berkabung menangisi kematian pemiliknya.

Video itu turut menyentuh jiwa kalangan ahli keluarga dan penziarah serta seluruh netizen yang menonton video ini ialah bagaimana anjing itu begitu patah hati mengenang waktu dia bermain dan bermanja bersama tuannya kini sudah tiada lagi.

Selain itu, kesedihan yang teramat sangat sehingga kelihatan pada anjing hitam ini berterusan menggigil dengan mulutnya terbuka.

Anjing itu juga turut mengalirkan air matanya sehingga terpaksa ditenangkan oleh salah seorang ahli keluarga mendiang pemilik.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Vietnam dan pemilik anjing ini merupakan seorang nenek telah meninggal dunia akibat sakit tua.

Walaupun anjing ini tidak dapat mengeluarkan suara untuk meluahkan perasaan sedih dengan raungan tangisan tetapi riak wajahnya turut menggambarkan kesedihan yang dialaminya.

Reaksi anjing itu membuatkan ramai yang hadir upacara perkabungan itu merasa terkesan dengan kesedihan yang dipamerkan oleh teman setia nenek tua itu.