“Ini syahadah yang saya paling nervous” Ibu Firdaus Wong Lafaz Kalimah Syahadah

Pastinya tiada apa yang lebih membahagiakan buat seorang pendakwah bebas, Firdaus Wong apabila ibu kandungnya sendiri akhirnya menerima hidayah daripada Allah untuk memeluk Islam.

Firdaus Wong sudah 14 tahun memeluk Islam dan kali ini, giliran ibunya pula mengucap kalimah syahadah di hadapannya.

Berita gembira itu dikongsi oleh Firdaus di laman Instagram peribadinya pada hari Jumaat, siang tadi.

Alhamdulilah Allahuakbar.

Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar.

Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ibu saya sendiri. Alhamdulilah.

Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya.

Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda.

Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.

Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulilah Allahuakbar. . Setelah 14 tahun saya memeluk Islam, hari ini ibu tercinta saya pula dengan mengucapkan syahadah. Allahuakbar. . Ini bukan syahadah pertama yang saya kendalikan tetapi ini adalah syahadah yang saya paling nervous dan sebak kerana yang mengucap syahadah adalah ini saya sendiri. Alhamdulilah. Saya tidak dapat menahan airmata saya seusai ibu saya mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluknya. . Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang sering menyokong dan mendoakan kami. Teruskan sokongan dan doa anda. Berharap selepas ini ayah, kakak, abang, anak saudara, keluarga mertua saya juga dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen. . Alhamdulilah Alhamdulilah Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar. Doakan kita semua istiqomah di dalam Islam dan mati sebagai Muslim. Allahuma Ameen. . #islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ibufirdauswongsyahadah @ Multiracial Reverted Muslims – MRM

A post shared by Firdaus Wong Wai Hung (@firdauswong) on

Rata -rata netizen mengucapkan kesyukuran di atas berita gembira ini dan mendoakan semoga ahli keluarganya yang lain turut dapat menerima Islam.