“Suka Laa..Tuu Dapat Org Kaya..Tu Yg Tinggal Si Sufian Tuu..Materialistic” Komen Pedas Netizen Ini Dibalas Elfira

Sebelum ini Elfira Loy sudah bertunang dengan jejaka dikenali sebagai Faris Anuar. Elfira juga pernah memuatnaik foto tunangnya sebelum ini.

Elfira Loy berkongsi foto dia bersama tunangnya, Faris Anuar di laman Instagramnya. Dalam foto tersebut, terserlah keceriaan di wajah pasangan sama cantik sama padan itu.

pelakon Elfira Loy akhirnya memuat naik fotonya bersama wajah cinta hatinya, Muhammad Faris Khairol Anuar  ke akaun Instagram.

Walaubagaimanapun, masih ada yang melontarkan kata-kata negatif kepada selebriti terkenal, Elfira Loy.

Terbaru, Elfira memuatnaik gambarnya bersama tunang di dalam penerbangan menuju ke China.

Salah seorang pengikutnya memberikan komen pedas terhadap Elfira dengan menuduhnya sebagai Materialistik.

Elfira nampakya tidak membiarkan dan turut memberi komen terhadap pengikut tersebut dengan memberitahunya fitnah dan mengumpat itu dosa besar.

Kebanyakan peminat Elfira menasihatinya untuk bersabar dan mendoakan kebahagian Elfira dan tunangnya yang dikhabarkan akan berkahwin tidak lama lagi.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober 2017 dalam sebuah majlis besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu hubungan itu putus.

Pada awal September ini Elfira dilaporkan satu majlis merisik dan bertunang secara tertutup diadakan di kediamannya yang terletak di Alam Damai, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu itu Elfira berkata, dia akan berkongsi semua foto berkaitan kehidupan peribadi di Instagram.

Sumber: IG Elfira Loy, HCL