[VIDEO] Sebak Kenang Jasa Frontliners, Sultan Nazrin Berdiri Tepuk Tangan Hargai Jururawat

Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat yang telah berkorban dan memberikan khidmat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pada hari ini iaitu 12 Mei setiap tahun pastinya menjadi momen paling bernilai buat barisan petugas KKM.

Penularan Pendemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini betul mencabar mental dan fizikal mereka yang menjadi barisan hadapan berjuang melawan wabak itu.

Penghargaan buat semua jururawat

Pengorbanan mereka dalam berkhidmat tanpa mengira masa amatlah dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu, Sultan Perak iaitu Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berdiri dan menepuk tangan sebagai tanda penghargaan buat semua para jururawat.

Sultan Nazrin berdiri beri tepukan buat jururawat

Satu video telah tular di laman Twitter dengan memaparkan baginda bertitah kemudiannya berdiri menghargai segala penat lelah yang dilakukan oleh frontliner.

Selain itu, baginda turut mengajak dewan parlimen sama-sama berdiri memberikan penghargaan buat jururawat.

“Kepada petugas yang membuktikan semangat kerja dan pengorbanan yang tinggi atas nama negara demi kepentingan negara”.

“Sebagai penghargaan, marilah kita sama-sama berdiri untuk berikan tepukan kepada wira-wira negara.”

Suara Sultan Nazrin bergetar menahan sebak

Menerusi titah yang disampaikan oleh baginda juga, dapat didengar dengan jelas suara Sultan Nazrin sedikit bergetar seakan menahan sebak kerana begitu menghargai setiap pengorbanan frontliner kita.

Disamping itu, Baginda turut berdoa agar diberikan kesejahteraan dan kemakmuran buat seluruh rakyat serta negara Malaysia.

“Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebahagian, keamanan dan kemakmuran kepada rakyat dan negeri.“

Semoga kita semua menghargai jasa dan pengorbanan semua para jururawat yang telah berkhidmat untuk masyarakat dan negara.