[VIDEO] DBKL Selar Model Instagram Rosakkan Bunga di River Of Life Demi Sekeping Gambar

Pengasas bersama jenama fesyen Leeyanarahman, Nur Liyana Abdul Rahman dan model Iman Alyssa Sahabudin dipanggil oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) setelah video mereka merosakkan harta benda awam ketika melakukan penggambaran, dimuat naik ke laman sosial. Nur Liyana berkongsi klip pada Sabtu lalu di Instagramnya yang menunjukkan model Iman Alyssa berbaring di atas pokok renek [...]

Demi sekeping gambar cantik tanpa menghiraukan merosakkan tanaman dengan berbaring di taman bunga River of Life, seorang model wanita diberikan amaran keras oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Klip video model tersebut menjadi tular ketika sedang melakukan sesi bergambar sambil berbaring selepas ia dimuatnaik di akaun Instagram leeyanarahman.co.

Terdahulu, Nur Liyana berkongsi klip pada Sabtu lalu di Instagramnya yang menunjukkan model Iman Alyssa berbaring di atas pokok renek semasa mengambil gambar berhampiran projek River of Life (RoL) di pusat bandaraya.

Nur Liyana berkongsikan kapsyen berikut dengan memuatnaik video serta gambar Iman beraksi di atas tanaman.

“Perempuan memang gigih dalam semua perkara atau gigih untuk bergambar je? Perempuan sanggup buat apa je untuk dapatkan gambar lawa kan. Hehe. Betul pepatah cakap , hidup perlukan PENGORBANAN.”

Walau bagaimanapun, ketika Iman berbaring, terdengar bunyi yang kuat dari dahan, menyebabkan Iman dan mereka yang ada di sana tertawa riang sebelum menariknya untuk bangun kembali.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu mendapat perhatian DBKL dan pasukan RoL yang menyiarkan semula video Nur Liyana ke laman media sosial mereka.

“Tidak kira anda siapa atau apapun tujuan anda, anda telah melakukan kesalahan.”

 

Menerusi Instagram, RoL juga memberitahu Nur Liyana dan krewnya agar bersiap sedia untuk dikompaun kerana telah merosakkan tanaman hijau di situ.

“Pengorbanan untuk satu gambar yang boleh merosakkan harta awam, adakah berbaloi? Gigih tu biarlah bertempat, kalau tanaman rosak bersedia untuk dikompaun.

“Kerjasama anda amatlah diperlukan untuk bersama-sama memelihara tanaman lanskap awam dari dirosakkan.”

Rata-rata netizen juga turut menyelar perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan meminta agar pihak DBKL mengenakan denda dan tindakan tata tertib yang sewajarnya.