[VIDEO] “Saya Punya Laki Kan? Jadeyyy???” – Posting Stacy Buat Netizen Terhibur!

Baru-baru ini, telah tular di laman Twitter mengenai satu dakwaan seorang influencer Vietnam dikenali sebagai Jade.

Influencer Vietnam ini berasa kesal apabila babak melibatkan dirinya di dalam sebuah video muzik dipotong gara-gara sikap cemburu isteri vokalis terlibat.

Tweet berkenaan didakwa ditujukan kepada Akim dan Stacy

Walaupun Jade tidak menyatakan nama vokalis dan isterinya, namun warga Twitter mengaitkan bebenang ditulis model kacukan Jerman – Vietnam itu ditujukan kepada Akim dan Stacy.

Menurut Jade yang juga seorang model itu berkata, dia terkejut apabila pihak produksi memberitahu semua babak melibat dirinya terpaksa dibuang.

Isteri kepada vokalis itu tidak menyukainya

Ini kerana ada dakwaan menyatakan babak isteri kepada vokalis tersebut tidak menyukainya.

Difahamkan, Akim turut membuat penjelasan di akaun peribadi Twitternya mengenai dakwaan yang dibuat Jade.

Jelas Akim, lagu Rampas didedikasikan khas buat allahyarham ibunya dan berasakan muzik video tersebut tidak sesuai untuk dikeluarkan.

Posting terbaru Stacy tarik perhatian ramai

Menerusi satu posting terbaru yang dimuat naik di Instagram, posting penyanyi Stacy ini telah mencuri tumpuan ramai apabila isu berkenaan Akim dan Jade sebelum ini telah tular.

Difahamkan, penyanyi ini meraikan hari ulangtahun perkahwinannya bersama suami semalam, nama Stacy Anam tiba-tiba panas apabila dituduh cemburu.

Stacy dilihat profesional dengan isu berkenaan

Bagaimanapun, Stacy dilihat sangat profesional dan tidak cepat melatah apabila berhadapan kontroversi ini dengan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Malah, Stacy dan Akim telah memuat naik videonya di laman sosial Instagram (IG) menyanyikan lagu Kekasih Tak Dianggap disamping Akim yang bermain gitar disebelahnya.

Dedikasikan posting buat Akim sempena ulang tahun perkahwinan 

Posting tersebut didedikasikan Stacy kepada Akim sambil mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada suaminya itu.

Apa yang lebih mencuri tumpuan dalah tulisan Stacy pada ruangan kapsyen turut membuatkan pengikut di IG terhibur.

Saya punya laki kan? Jadey?

Malah kapsyen berkenaan dikatakan ada kaitan dengan insiden yang berlaku pada hari istimewa mereka, pada petang sebelumnya.

“Selamat Ulangtahun kita kahwin sayang!!!! Saya punya Laki kan? Jadeyyyy???,” tulisnya.

Raih hampir 300,000 tontonan tak sampai 24 jam

Posting berkenaan telah meraih sebanyak hampir 300,000 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik.

Selain itu, posting berkenaan turut menerima hampir 900 komen termasuk komen dari rakan selebrtiti.

Antaranya adalah Ernie Zakri, Zarina Zainuddin, Zizi Kirana, Bella Astillah dan Amir Masdi yang mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada Stacy dan Akim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam)

Peminat dakwa Jade Anh sengaja cari publisiti

Sementara itu, peminat Stacy kebanyakannya meninggalkan emoji ketawa dan hati pada ruangan komen dan berpendapat Jade Anh sengaja mencari publisiti, apatah lagi muzik video Rampas sudah dilancarkan sejak 2018.

Terdahulu, pada 5 Februari 2016, Akim telah berkahwin dengan penyanyi Stacy Anam yang juga pemenang rancangan Akademi Fantasia musim keenam.

Semoga segala faham yang timbul antara kedua belah pihak dapat diselesaikan dengan baik dan profesional.