“Kalau dah dikongkong bet*na, mak kau kat KKB ni.. mari cari!” Ibu Luah Aiman Tino Abaikan Keluarga & Kerja?

Tiada angin tiada ribut, ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil meluahkan rasa terkilan terhadap sikap anaknya yang didakwa mula ‘buat hal’ hingga mengabaikan kerjaya seni.

Menerusi laporan mStar, Hazelina atau Riena menerusi Instagram miliknya pada Isnin turut mendakwa kehidupan anaknya dikongkong seorang wanita.

Malah, Riena turut mendakwa penyanyi lagu Terlerai Sebuah Janji itu gagal dihubungi hingga mengganggu urusan berkaitan kariernya.

“Kalau dah tak nak jadi artis, sila buat pengumuman, jangan susahkan kami. Macam itulah kalau dah dikongkong. Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen TV cari. Harap maklum pada yang berkenaan,” tulisnya.

Walaupun tidak menyebut nama namun status tersebut dipercayai ditujukan kepada anaknya iaitu Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri.

Usaha media untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada Aiman sendiri gagal apabila penyanyi berusia 22 tahun itu enggan mengulas mengenai status yang dimuat naik ibunya.

Pada 5 Januari lalu, Riena ada memuat naik foto Aiman dengan kapsyen meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap anak lelakinya itu.

“Dia tak rindu saya ke ya. Apa-apa pun, saya sayang dan rindu dia,” kata Hazelina.

Dalam pada itu, Hazelina menerusi Instastory turut memuat naik status ditujukan kepada seorang wanita yang dipercayai kekasih Aiman.

“Aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan p***!” tulisnya.

Dalam muatnaik IG Story terbaru, ibu Aiman Tino turut memberitahu Instagram Aiman Tino kini bukan Aiman yang jaga.

Terdahulu Aiman Tino dikurniakan adik perempuan apabila ibunya, Hazelina, 43, melahirkan anak ke-11, April tahun lepas.

Bapa Aiman, Yusry Ishak ketika dihubungi berkata, bayi seberat 3.39 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Selayang pada jam 6.55 pagi.

Yusry berkata, seboleh-bolehnya dia mahu menambah zuriat lagi, tetapi usia isteri sudah mencecah 43 tahun.

“Soal zuriat ini adalah rezeki Allah. Namun, disebabkan usia isteri yang semakin meningkat serta doktor juga menyarankan supaya isteri tidak lagi hamil, saya ikut saja.

“Mujurlah saya ada di sisinya ketika itu. Saya juga bakal menimang cucu hujung tahun ini. Jadi nak tambah anak pun rasa tak sesuai,” katanya.

Menurut Yusry, anak ke-11 itu diberi nama Nina Delisya.

Selain Aiman dan Fara, Yusry dan Hazelina dikurniakan lapan lagi anak iaitu Mohd Aidil, 24, Nurfarazira, 23, Nur Isfasha, 17, Mohd. Haikal, 13, Nur Alya Mahsuri, 10, Nur Qaseh Mahsuri, 8, Mohd. Ikhwan, 5 dan Nur Nina Izara, 4.