[VIDEO] “Saya ingin bahagia, serba tidak kena & orang sentiasa mencari salah” Penjelasan Aliff Syukri

Kemelut isu berkaitan Datuk Seri Aliff Syukri dilihat masih tidak berkesudahan. Terbaru beliau memuat naik satu posting di akaun Instagramnya.

Difahamkan, beliau baru sahaja mengeluarkan single beliau dan lagu bertema sedih itu seakan sedang menggambarkan perasaan beliau ketika ini.

Tidak lagi mengikuti isterinya di Instagram

Sebelum ini, Datuk Seri Aliff Syukri dikatakan tidak lagi mengikuti isterinya di laman Instagram begitu juga dengan Datin Seri Nur Shahida.

Sehubungan itu, isu tersebut mengundang pelbagai andaian netizen mengenai rumah tangga usahawan tersebut.

Saya ingin bahagia

“Saya ingin bahagia. Kenapa benda yang kita mahukan di dalam dunia ini, tidak semua benda kita akan dapat”.

“Sedangkan kita sudah buat yang terbaik dan yang paling penting adalah hati dan kekuatan”.

Orang sentiasa mencari salah

“Ketika kita dalam kesusahan, orang yang paling kini tiada. Cuba korang bayangkan jika di tempat saya, serba serbi tidak kena dan orang sentiasa mencari salah”.

“Ya ALLAH Ya Tuhanku, ENGKAU berikanlah ku petunjuk, ENGKAU berikanlah ku ketenangan”.

 “Lagu ini adalah kisah hati saya dan jiwa saya. ALLAH kuatkanlah hambaMu ini yang sedang dalam kesakitan”.

Semoga semua kemelut yang melanda usahawan kosmetik itu dapat diselesaikan dengan baik.