[VIDEO] “Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia” Aliff Syukri Unfollow Isteri

Sekitar minggu ini, isu berkaitan Datuk Seri Aliff Syukri masih lagi tidak surut dan masih meniti di bibir netizen.

Terbaru, tindakan usahawan kosmetik itu dikatakan tidak lagi mengikuti isterinya ,Datin Seri Nur Shahida di laman Instagram mengundang pelbagai andaian netizen.

Sementara itu, Datuk Seri Aliff dikatakan tidak mahu mengulas sebarang isu mengenai rumah tangganya.

Buat masa ini saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya

Beliau memberitahu hubungannya dan isteri dalam keadaan baik dan mereka bahagia dengan perkahwinan itu.

“Tak ada apa-apa yang berlaku antara kami dan kami masih bahagia. Saya bahagia dengan perkahwinan, dengan anak-anak saya. Itu sahajalah”.

“Buat masa ini saya tak nak sentuh mengenai keluarga saya. Yang lain-lain pun saya tak ada komen!” katanya kepada mStar.

Khabar angin tersebar mengenai rumah tangga beliau

Beliau mengadakan sidang media pelancaran lagu terbaru beliau berjudul Cuba Bahagia di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Ketika itu, beliau turut diminta mengulas mengenai khabar angin yang sedang tersebar mengenai rumah tangga beliau.

Khabar angin yang mula tersebar kononnya hubungan rumah tangga mereka sedang bergolak dan berdepan masalah.

Datin Seri Nur Shahida tidak hadir ketika sidang media

Ketika sidang media berlangsung, isteri beliau tidak hadir memberi sokongan terhadap pelancaran lagu baharu usahawan tersebut yang berlangsung pada pagi Jumaat.

Apa yang lebih mnguatkan spekulasi itu apabila single yang baru dikeluarkan oleh beliau seolah-olah ditujukan kepada isterinya itu.

“Lagu ini bukan ditujukan pada isteri atau keluarga saya tapi dicipta untuk orang yang tak bahagia. Lagu ini tak ada kaitan dengan keluarga”.

Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia

“Dulu saya gembira, sekarang saya tak bahagia. Bahagia itu subjektif. Ada orang kaya bahagia, ada kerjaya bahagia, dapat hadiah bahagia”.

“Dalam kehidupan ini ada pasang surut dan ketika saya cipta lagu ini enam bulan lalu saya berada dalam mood tak begitu baik kerana tekanan kerja, bisnes dan netizen,” ujarnya.

Menerusi carian di laman Instagram Aliff Syukri, dia tidak lagi mengikuti isterinya di Instagram.

Malah Shahida juga tidak lagi mengikuti Aliff Syukri.

Datuk Seri Aliff Syukri dan  Datin Seri Nur Shahida telah berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat.