[FOTO] “Rutin harian berubah 360 darjah” Ella & Suami Bahagia Kehadiran Anak Angkat

Ratu rock negara  Nor Zila Aminuddin atau lebih mesra dipanggil Ella antara penyanyi sepanjang zaman yang masih aktif dalam bidang nyanyian.

Suara emas yang dimiliki beliau menjadikan penyanyi ini antara kegemaran ramai selain memiliki watak yang unik dan manja.

Ella dikatakan telah mengambil seorang anak angkat

Ella telah berkahwin dengan Azhar Ghazali pada tahun 2012 dan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Namun begitu, pasangan ini dikatakan telah mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Shanome Az Zahra.

Ternyata kehadiran Shanome Az Zahra yang kini berusia tiga tahun menjadi lembaran kehidupan baharu buat pasangan ini.

Ella ,53, turut mengulas kehidupan mereka berubah sejak mengambil kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya sejak setahun lalu.

Rutin harian berubah 360 darjah

“Alhamdulillah kehidupan kini bertambah bahagia, saya dan suami sentiasa mencari masa untuk diluangkan bersama anak kami”.

“Rutin harian pun berubah 360 darjah, saya kena tukar semula jadual harian. Kalau dulu shopping untuk diri sendiri, sekarang ni anak menjadi menjadi keutamaan”.

Perangainya sama seperti saya

“Shanome baru sahaja mencecah usia tiga tahun seorang yang cepat belajar, tapi yang penting perangainya sama seperti saya,” katanya kepada mStar.

Ketika ditemui Ella berada di majlis sidang media mengumumkan beliau sebagai duta untuk jenama pakaian muslimah Sabella di The Love, Matic, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Walaubagaimanapun, ratu rock negara itu tidak berkongsi maklumat lebih lanjut mengenai anak perempuannya itu.

 

View this post on Instagram

 

💘

A post shared by Shanome Az Zahra (@shanomes) on

 Menurut Ella yang berkongsi pengalaman menguruskan anak kecil buat pertama kali sehingga ada yang membuatkan dirinya menangis.

Saya panik sampaikan saya sendiri menangis sekali

“Tipulah kalau tak berhadapan dengan situasi sukar menguruskan anak kecil, dulu saya jadi risau nak uruskan terutama nak tukar lampinnya”.

“Takut terkasar boleh menyebabkan terluka. Saya juga panik apabila dia mula menangis kerana tak tahu apa yang dia mahukan sampaikan saya sendiri pun turut menangis sekali,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

This is my first umrah with mom and kupapa 🥰🥰🥰

A post shared by Shanome Az Zahra (@shanomes) on

Semoga dengan kehadiran si comel Shanome Az Zahra menambahkan lagi kebahagian buat pasangan Ella dan Azhar.