[VIDEO] “Saya Dapat Pencuri Moto Saya” Respon Lawak Achey Bila Abam Naik Motor Miliknya

Bocey sekali lagi menyertai program Maharaja Lawak Mega (MLM) bukan kerana mahu mengekalkan gelaran juara yang pernah dimenangi mereka dua tahun berturut-turut.

Salah seorang ahlinya iaitu Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 30, berkata dia menganggap pentas MLM 2018 merupakan satu-satunya platform untuk mereka mengembangkan bakat sebagai pelawak.

Selain itu, program tersebut juga memberi peluang untuk mereka mengasah bakat dan belajar perkara baharu mengenai lawak jenaka.

Selain Abam, Bocey turut dianggotai oleh pelawak dan penyanyi Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 32 dan Fad atau Muhamad Fadzlie Mohd Nizam, 28.

Mereka yang kini diantara kumpulan yang sentiasa menjadi perhatian apatah lagi peminat dapat melihat aksi mereka menerusi rancangan Maharaja Lawak Mega 2018.

Bocey merupakan kumpulan yang paling disukai ramai dengan lawak-lawaknya yang sentiasa mencuit hati.

Meskipun berada di pentas mereka dilihat lawak, bagaimanapun di luar juga kumpulan ini turut membuatkan ramai terhibur dengan melihat situasi spotan mereka bersama.

Terbaru, Achey menerusi Instagram berkongsi video yang kelihatan Abam sedang membawa motor miliknya.

Namun lucunya, apabila kapsyen dan kata-kata Achey yang mengatakan Abam ialah seorang pencuri motonya itu yang perlu ditangkap.

Saya dapat pencuri moto saya…

 

View this post on Instagram

 

Saya dapat pencuri moto saya… alhamdulillah… #maharajalawakmega2018 #bocey #tiktok

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on