[VIDEO] “Saya bukan PATI” Tak Dapat Tunai Solat Jumaat, Mat Dan Jawab Kecaman Netizen

Sebelum ini tular kisah mengenai Mat Dan yang meluah rasa kecewa apabila dihalang untuk solat Jumaat kerana hanya dia bukan warganegara.

Luahan kekecewaan tersebut dibuat melalui satu video yang dimuat naik di laman Instagram beliau.

 

View this post on Instagram

 

Mintak pandangan anda semua…😌

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Beliau ketika itu yang ingin menunaikan solat jumaat kelihatan sebak apabila tidak dibenarkan masuk masjid walaupun sudah sampai awal.

Mohon maaf kepada Abang Rela

Terbaru, satu lagi video dimuat naik di Instagram miliknya apabila dia memohon maaf kepada Abang Rela dan menjawab segala kecaman yang dilemparkan ke atas dirinya.

Ujar Mat Dan, dia tidak bermaksud untuk tidak hormat negara Malaysia namun hanya persoalkan mengenai tak dapat solat Jumaat.

 

View this post on Instagram

 

Berbaju Melayu di Kota Berlin… #ITB #beautifulterengganu #malaysianhospitality

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

“Saya faham abang Rela jalankan tugas dia. Saya cuma soal mengenai perkara itu. Shopping Mall saya boleh masuk, semua tempat boleh. Kenapa masjid tak boleh masuk?”.

Saya bukan orang PATI

“Saya bukan orang PATI, saya bukan di depoh Imigrisen yang ditahan. Penularan kes tinggi dengan bukan warganegara saya tak pasti”.

“Siapa yang cakap saya tak hormat Malaysia. Anda silap. Benda itu menyakitkan hati saya” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mat Dan (@mat_dan1) on

Penjelasan beliau mengenai tanggapan netizen

Video terbaru yang dimuat naik olehnya menjelaskan beberapa isu mengenai perkara yang mendakwa dia tidak menghormati Malaysia.

Perkara itu menyebabkan pengacara Mat Dan Kaki Jalan itu terasa kerana bukan tanggapan itu yang cuba disampaikan.

Saya minta untuk melihat kembali SOP yang ditulis

Bagaimanapun, Mat Dan turut memohon maaf kepada abang Rela jika video itu buat dia tersinggung.

Ujar pengacara itu lagi, video tersebut bukanlah ditujukan secara langsung kepada Abang Rela.

“Saya mohon maaf pada Abang Rela cuma saya minta untuk melihat kembali SOP yang ditulis”.

‘Saya cuma nak solat Jumaat je’- Mat Dan

“Saya tahu ramai warganegara tak dapat solat cuma dalam Islam tak kira IC warna apa. Saya cuma nak solat Jumaat je, jahat sangat ke”?

Diakhir penjelasan tersebut, dia turut berterima kasih kepada semua barisan hadapan yang berjaya memerangi Covid-19 di Malaysia.

Semoga segala salah faham yang tercipta ekoran dari video tersebut dapat diselesaikan dengan baik.