[VIDEO] Lagu ’12 Tahun Terindah’ Pengubat Rindu BCL Untuk Ashraf Sinclair Buat Peminat Sebak

Seperti yang diketahui umum, Allahyarham Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair telah meninggal dunia pada Februari yang lalu.

Bunga Citra Lestari cuba bangkit dan menjadi kuah demi anaknya

Pemergian Allahyarham Ashraf ternyata masih dirasai oleh semua terutama isteri dan anaknya.

 

View this post on Instagram

 

Taqabbalallahu Minna Wa Minkum.. Eid Mubarak! #bungacitralestari #noahsinclair #rayainGHEA #dirumahbersamaGHEA #rumahBCL

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Bahkan sebagai isteri dan ibu, penyanyi Bunga Citra Lestari dilihat cuba bangkit dan menjadi kuat demi anaknya Noah.

Lagu tersebut didedikasikan untuk arwah suami tercinta

Menerusi Instagram, penyanyi lagu ‘Cinta Sejati’ itu menghasilkan buah tangan baru buat para peminatnya.

Apa yang lebih menyedihkan, lagu tersebut didedikasikan Bunga untuk arwah suami tercinta.

Difahamkan, lirik lagu ’12 Tahun Terindah’ merupakan hasil tangan khas Bunga buat arwah suaminya.

12 Tahun Terindah kenangan buat dirinya

Malah mendalami bait-bait lirik lagu tersebut, Bunga menceritakan 12 tahun bersama Ashraf merupakan kenangan paling terindah buat dirinya.

 

View this post on Instagram

 

You and I #bungacitralestari #ashrafsinclair #newyork

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair) on

Walaupun Ashraf sudah pergi meninggalkannya dan Noah, Bunga akan terus kuat dan bangkit demi anak tunggal mereka.

Memori bersama disimpan menjadi kenangan

Disamping itu, memori bersama juga akan disimpan dan menjadi kenangan buat selamanya.

Malah, setakat ini lagu tersebut telah mendapat lebih daripada 1 juta tontonan dan 460k tanda suka di saluran Youtube Bunga Citra Lestari.

Kesemua ahli keluarga menitiskan air mata sebak mendengar lagu tersebut 

Sebelum ini, menerusi laman Instagram Aishah Sinclair, beliau telah memuat naik satu video pendek yang menjadi perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat reaksi ahli keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair dan ahli keluarga Bunga Citra Lestari sedang mendengar lagu baru tersebut.

Sebak dengar lagi 12 tahun terindah

Kesemua mereka kelihatan menitiskan air mata dan tidak dapat menahan sebak semasa mendengar lagu.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen dan kenalan rapat turut meninggalkan komen yang mereka juga merasai perasaan Bunga dan Noah selepas kehilangan Ashraf.

Semoga Bunga Citra Lestari, Noah dan seluruh ahli keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair tabah dan kuat menjalani kehidupan tanpa orang tersayang.