“Apa yang tak sopan?” Dikecam Sandar & Julur Kaki Dalam Masjid, Ini Jawapan Alif Satar

Penyanyi dan pelakon, Alif Satar, merupakan salah seorang selebriti yang bebas daripada sebarang kontroversi hangat. Peribadi dan sikap lemah lembut yang ditunjukkannya juga sering mendapat pujian peminat. Namun, baru-baru ini dia dikritik gara-gara bersandar dan menjulur kaki ketika berada di dalam masjid. Alif yang dilihat memegang telefon ketika itu turut menerima teguran ramai. Alhamdulillah.. seleso. [...]

Alif Satar ataupun nama sebenar beliau adalah Muhammad Alif bin Mohd Satar merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara di Malaysia.

Alif Satar merupakan salah seorang selebriti yang bebas daripada sebarang kontroversi hangat.

Selain itu, peribadi dan sikap lemah lembut yang ditunjukkannya juga sering mendapat pujian peminat.

 

View this post on Instagram

 

Geng raya hitam itu menawan..settle 1st syawal!🥳 p/s Baru first day raya, dah fikir tema color baju raya taun depan😂

A post shared by Alif Satar™️ (@alifsatar) on

Alif Satar dikritik bersandar dan julur kaki dalam masjid

Menerusi Instagram, Alif telah memuat naik satu gambar beliau ketika berada di dalam masjid.

BACA: [VIDEO] Terjawab Persoalan Netizen, Alif Satar Kongsi Cara Solat Semasa Cabaran Ironman

Gambar tersebut telah mengundang reaksi orang ramai dan ada yang beranggapan penyanyi itu tidak seharusnya berbuat demikian.

Alif dikatakan bersandar dan menjulur kaki ketika berada di dalam masjid. Alif yang dilihat memegang telefon ketika itu turut menerima teguran ramai.

Orang ramai tidak setuju dengan tindakannya

“Alhamdulillah, seleso. Jangan terlentang ke belakang sudah, malu susah nak cover. P/s Tajuk khutbah harini: Membangunkan asnaf tanggungjawab bersama”.

Kaki tu sopan sikit-netizen

Perkongsian yang dibuat pada Jumaat lalu mengundang kecaman apabila ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya bersandar dan memegang telefon.

Tambahan pula ada netizen yang beranggapan, kaki yang menjulur ke arah kiblat adalah tidak sopan.

Alif tengah catat khutbah kat phone

Alif terangkan keharusan berbaring menyilang kaki di masjid

Di Instagram milik penyanyi ini, beliau telah memuat naik satu lagi posting lain menerangkan mengenai hal berkenaan.

Beliau menerangkan secara terperinci mengenai keharusan berbaring sambil menyilang kaki di dalam masjid dengan syarat tidak mendedahkan aurat.

Semoga bermanfaat kepada semua

“Salam geng! disebabkan ada perbincangan pasal kaki menjulur dalam masjid lah, dosa sandar dalam masjid, berdosa kaki arah kiblat lah dan macam-macam lagi”.

“Nah alif kongsi dari buku yang Alif baca ‘Kenali Rasul Kita Muhammad’. semoga memberi manfaat kita bersama. p/s alif nak keluar sejadah sandar, pakat order!”

Alif turut menyertakan gambar beberapa halaman daripada buku ‘Kenali Rasul Kita Muhammad’ yang dibacanya. Di situ diterangkan secara jelas cara duduk seperti Mutarabbi, Muhtabi dan Muq’i.

Semoga perkongsian ini mendapat teladan dan pengajaran kepada kita semua.