[VIDEO] “Sampai keluar urat biru,” Ditinggal Sebab Kulit Gelap, Glowup Gadis Ini Buat Ramai Risau

Pada zaman sekarang, masih ada lagi yang meninggalkan pasangan disebabkan rupa. Pada umumnya, sememangnya sebagai wanita akan berasa ‘insecure’ tentang kecantikkan diri sendiri.

Sudah menjadi norma hidup, kulit gelap dianggap tidak cantik manakala kulit putih gebu pula dianggap cantik sedangkan jika bagi pendapat orang yang mindanya terbuka, tona kulit adalah perkara normal yang membuatkan kita semua kelihatan unik dengan cara kita tersendiri.

Baru-baru ini, tular satu video perkongsian seorang pengguna TikTok @cikbettx telah menjadi bualan ramai.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan dirinya yang ‘glowup’ selepas ditinggalkan kerana kulit gelap tular di media sosial.

Dia memperlihatkan gambar lamanya dengan kapsyen “sebab aku kuli gelap kau tinggalkan aku ?.. tunggu aku lawa”

Kemudian dia mendedahkan gambar terbarunya dengan kapsyen “putih macam snow white selepas consume produk murah”

Apa yang menarik perhatian ramai apabila kulitnya kini cerah sehingga jelas kelihatan urat berwarna biru iaitu pembuluh darah di tangannya.

Difahamkan, dia telah mengamalkan produk yang dikatakan sebagai vitamin C untuk mendapatkan kulit cerah seperti itu.

Susulan video tersebut, orang ramai yang melihat menjadi risau akan kesihatan gadis itu kelak oleh kerana dia masih muda.

Video tular di laman Twitter

Manakan tidak, mengkonsumsi vitamin C tambahan secara berlebihan tidak elok dan boleh memberikan penyakit.

“Nak sangat pakai mesin dialisis ke macam mana ni? jaga lah buah pinggang tu”

“aku tengok kulit dia yang sebelum tu tak gelap pun”

“why’d yall so obsessed with white skin?.. what’s wrong having a tanned skin?”


“Just some fact. Whatever u consume or even put on your skin can be absorb to the blood, and the blood get filtered by the kidney. So sebelum pakai product or makan supplement, check ingredient bebetul. Kalau ade benda yang bahaya, it might cost you your kidney.”

“Omg how we can see through her veins that clear is so scary”

Walau bagaimanapun, Video yang meraih 300k tanda suka itu telah di ‘private’ gadis tersebut susulan menerima banyak ‘nasihat’ daripada netizen.