“Nampak je mewah, tapi..” Didakwa ‘Makan Besar’ Di Gaza, Nadir Jawab Persoalan Netizen

Nama Aktivis kemanusian Nadir Al Nuri terus menjadi perbualan hangat di sosial media ketika ini.

Aktivis ini dikecam gara-gara memberi peringatan kepada rakyat Malaysia agar tidak melupakan penduduk Palestin yang sudah 73 tahun ‘tak balik kampung’.

Foto Nadir menjamu selera di sebuah restoran curi tumpuan

Selepas itu, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sekali lagi menjadi menarik perhatian ramai dengan postingnya di media sosial.

Kali ini, susulan foto Nadir sedang menjamu selera bersama Tim Cinta Gaza Malaysia di sebuah restoran, Maldive Gaza.

Keluarga kami semakin membesar

“Tim Cinta Gaza Malaysia di Palestin bersarapan bersama-sama hari ni. Keluarga kami makin lama makin membesar, alhamdulillah. “

“Dan lebih separuh ahli pasukan kami bermula di zaman bujang kemudian berkahwin dan telah mempunyai anak pun setelah bertahun-tahun berada bersama kita.”

Ramai penduduk palestin terpaksa menahan kelaparan

Sementara itu, aktivis kemanusiaan Nadir Al Nuri membalas kenyataan sesetengah netizen yang mendakwa dia menjamu selera di sebuah restoran mewah biarpun ketika ini ramai penduduk palestin terpaksa kelaparan.

Menurut Nadir, dia tidak tersentak dengan sebarang komen tersebut terutama buat mereka yang baru mengenalinya.

“Saya ok je kalian yang baru kenal kami nak komen apa pun.”

Kalian bukan kenal mana yang duduk dengan kami ni

“Kalian bukan kenal yang duduk dengan kami ni yang mana satu pejuang, yang mana satu keluarganya ada syahid, yang mana satu hidup ikat perut.”

“Tempat ni nampak je mewah tapi dalam 15 orang makan tu RM100 lebih je,” katanya.

Menurut Nadir dia juga tidak kisah jika orang ramai terus memberi komen atau menghinanya.

Teruskan dengan komen, hinaan dan cercaan masing-masing

“Teruskan dengan komen masing-masing, hinaan dan cercaan masing-masing. Semoga Allah memberkati kalian semua,” katanya.

Keseronokan rentas negeri jangan lupa Palestin

Terdahuku, Nadir cuba menasihati rakyat Malaysia supaya tidak melupakan penduduk Palestin yang sudah 73 tahun tidak pulang ke kampung.

Makan mewah dekat restoran, ada orang yang masih tak cukup makan

Ekoran dari itu, ada yang mempersoalkan tindakan Nadir yang menjamu selera dengan restoran mewah berkenaan sedangkan ramai rakyat Palestin sedang berlapar.

“Bayangkan diri sendiri makan mewah dekat restoran di bandar Gaza sedangkan ada orang sana yang still tak cukup makan.”

“Pastu bandingkan orang malaysia balik kampung dengan orang palestin yang dah 73tahun dijajah,” antara komen netizen.

Selain itu, rata-rata netizen turut mengutarakan pendapat masing-masing berhubung isu berkenaan di media sosial.