[VIDEO] “Sambung Beraya Dalam Tirai Besi Ke?” Rosakkan Makanan FamilyMart, Remaja Ditahan

Satu video telah tular di laman sosial sekitar semalam dan hari ini. Video berkenaan dirakam oleh sekumpulan remaja di Family Mart.

Video berkenaan dirakam dan dimuat naik di Instagram salah seorang dari mereka dan mendapat pelbagai reaksi dari orang ramai.

Mereka merakam perlakuan yang tidak menyenangkan apabila salah seorang dari mereka bertindak merosakkan makanan yang dijual di situ.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan mereka dan mahu mereka dibawa ke muka pengadilan bagi memberi pengajaran kepada mereka mengenai perlakuan mereka yang kurang menyenangkan itu.

Selepas video ini tular, salah seorang dari mereka telah menjelaskan bahawa mereka membeli makanan yang dirosakkan dikedai tersebut.

Namun, pengakuan dari pekerja kedai berkenaan bercanggah dengan pengakuan tersebut apabila pekerja di kedai itu mengesahkan mereka tidak membayar makanan yang mereka rosakkan.

Petang tadi, ketiga-tiga mereka telah tampil menyerah diri dan kelihatan ketiga-tiga mereka sudah berada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai.

Selain itu, menerusi laporan mStar Online, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Marzukee Besar telah mengesahlan mereka bertiga telah ditahan.

Mengulas lanjut mengenai penahanan itu, mereka akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kianat. Permohonan reman juga akan dikemukakan untuk siasatan lanjut kes ini.

Sebelum itu, satu video dirakam oleh suspek yang membuat permohonan maaf kepada semua kerana perlakuan tidak bermoral mereka itu.

Semoga kes ini menjadi pengajaran untuk semua orang supaya tidak melakukan perlakuan yang tidak bermoral terutama di tempat awam.