[GEMPAR] “Seolah-olah Dirancang” Masjid Dirosakkan, Kubur Dibakar!

Penduduk di daerah Bachang, Melaka terkejut dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan beberapa kawasan disekitar daerah berkenaan.

Individu tidak bertanggungjawab itu turut merosakkan kemudahan awam di sini. Masjid dirosakkan, habis pecah cermin Masjid dibaling dengan batu.

Habis Rosak Masjid

“Perbuatan khianat berlaku di Bachang. Masjid dibaling batu menyebabkan tingkap pecah manakala batu nisan dicabut/dipecahkan dan kubur dibakar. Semoga pelaku ditangkap dengan segera”.

Habis Masjid bersepah dan kotor, serpihan cermin habis bertaburan di karpet masjid , lantai-lantai masjid dan masjid juga turut bersepah.

Perbuatan individu tidak bertanggungjawab ini habis dibawa ke muka pengadilan kerana menyebabkan kemusnahan awam dan menyusahkan penduduk di kawasan ini untuk menggunakan kemudahan Masjid.

Selain Masjid yang rosak, kawasan lain yang dirosakkan adalah di sekitar kawasan perkuburan Islam As Syakirin Pasir Putih.

Bukan sahaja beberapa kubur telah dimusnahkan, malah ada diantara kubur yang dibakar. Kejadian itu berlaku sekitar jam 8.30 malam.

Selain itu, terdapat dua kesan kubur terbakar di kawasan perkuburan itu dan beberapa lagi kubur dirosakkan. Beberapa batu nisan turut dipecahkan dan dirosakkan dan bersepah di sekitar kawasan berkenaan.

Waris kubur yang telah mengalami kerosakan telah mengetahui mengenai kejadian itu dan melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab itu.

Sebelum ini, kejadian sebegini telah berlaku sekitar seminggu sebelum kita menyambut Ramadhan tetapi tidak melibatkan kerosakan yang besar.

Difahamkan, sekitar 30 kubur telah dirosakkan dalam kejadian itu dan punca kejadian masih belum diketahui.

Penduduk berharap individu bertanggungjawab dapat dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka.

Rata-rata netizen turut melahirkan rasa marah dan kecewa dengan kejadian yang menimpa penduduk di kawasan itu.