[VIDEO] “Sabarlah B*BI” Waiter Biadab Punca Driver Bas Dibelasah, Dakwa Saksi

Satu video menjadi viral di media sosial yang menunjukkan seorang pemandu bas ekspres dibelasah sekumpulan lelaki di R&R Gambang arah timur di Kuantan, lapor Harian Metro.

Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada salah faham di antara pemandu bas berkenaan dengan seorang waiter R&R.

Lima orang lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu bas yang didakwa mengasari waiter tersebut.

Waiter terbabit kemudian memaklumkan perkara itu kepada abangnya sebelum abangnya bersama 4 orang yang lain datang ke lokasi kejadian.

Walaubagaimanapun, terdapat juga dakwaan yang mengatakan pemandu bas berkenaan langsung tidak menyentuh mahupun mengasari waiter terbabit.

Pemandu bas itu yang memakai pakaian serba hitam ditumbuk dan ditendang sekumpulan lelaki terbabit sambil disaksikan dan dirakam oleh orang awam.

Jelas di dalam video tersebut kedengaran suara wanita yang meminta sekumpulan lelaki itu membelasah mangsa dan viralkan video rakaman di Facebook.

Video:

https://www.youtube.com/watch?v=nOWcFC2oiTw

Insiden itu kemudian cuba dileraikan oleh orang awam namun lima lelaki terbabit tetap enggan berhenti dan terus membelasah mangsa.

Seorang netizen tampil sebagai saksi dan mendakwa pemandu bas itu langsung tidak mencederakan waiter tersebut.

“Aku ada masa tu. Ceritanya budak kedai R&R Gambang No. 6 itu biadab dengan brader ini (pemandu bas).

“Brader ini order makanan, kemudian budak kerja kedai itu sound “Sabarlah babi”. Lepas tu brader ini hangin la. Dia cakap balik, “Jangan kurang ajar, aku lempang kang”.

“Selepas brader ini selesai minum dalam masa kira-kira 10 minit, brader ini pun pergi ke bas dan tiba-tiba ramai orang datang tak tahu dari mana.

“Brader ini tak lempang tak usik langsung pun budak kedai itu. Aku ada di situ. So, kalau aku kena pun, memang aku panaslah tiba-tiba kena sound ‘babi’ apa hal kan?

“Kepada brader ini, kalau kes ini jadi panjang, aku sanggup jadi saksi. Boleh PM aku,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulah ANIH Berhad mengatakan pihaknya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kami juga menyiasat video insiden antara kakitangan gerai R&R terbabit dengan seorang pemandu bas ekspres dengan lebih terperinci.

“Sekiranya didapati bersalah, kakitangan gerai berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib yang sewajarnya mengikut prosedur tetap operasi syarikat.

“Segala tindakan yang diambil oleh kakitangan terbabit adalah tingkah laku peribadinya dan tidak menggambarkan atau melambangkan prinsip syarikat.

“ANIH Berhad memberi jaminan bahawa keselamatan pengguna dan ketenteraman awam adalah keutamaan kami,” katanya.