[VIDEO] “Rutin setiap pagiku, makeup isteri sebelum keje” Man Dipuji Suami Mithali

Pastinya setiap wanita mahu kelihatan cantik dan kecantikan merupakan salah satu elemen penting bagi seorang wanita.

Tampak cantik dan menarik terutama dimata suami antara permulaan yang bagus untuk memulakan rutin harian.

Jika dilihat rak makeup dirumah pastinya penuh dipenuhi dengan barang si isteri dan suami tidak akan ambil peduli dengan peralatan makeup tersebut.

Mendandan isteri sebelum isteri ke tempat kerja

Namun, apa yang lebih memeranjatkan adalah apabila kisah seorang lelaki berkongsi rutin hariannya setiap hari adalah mendandankan isterinya sebelum si isteri ke tempat kerja.

Suatu kisah yang menyentuh hati apabila si suami mempunyai bakat tersendiri mendandan isteri dan bakat terpendam itu dimiliki oleh salah seorang pelawak terkenal negara.

Pelawak tersebut adalah Man yang dikenali menerusi platform rajalawak dan telah menjadi juara Maharajalawak 2019 apabila berkolaborasi dengan kumpulan Puteh.

10 minit setiap pagi rutin harian Man makeupkan isteri

Menerusi sebuah video yang telah dimuat naik di laman Instagram Man, Man dilihat sedang mendandan isterinya sambil bersembang.

“Assalam JUMAAT yang barokah kengkawan, sowy ar bideo terbalik. Ini jer ade, rutin setiap pagiku.

“Cantikkan isteri sebelum gi keje, ok ar tu belajar sikit-sikit dulu dengan sifu @epie_temerloh bukan untuk orang lain”.

Untuk isteri tercinta dunia akhirat

“Untuk isteri tercinta dunia akhirat sayang sampai kiamat, 10 minit jer pun”.

Abd Rahman atau dikenali sebagai Man turut mendedahkan beliau berguru dengan seorang jurusolak mengenai teknik make up.

Beliau turut berkongsi wajah isterinya dengan sentuhan tangan seorang lelaki mendandan isteri.

 

View this post on Instagram

 

Melayan big boss & admin2 @manlegacy2020

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Video tersebut turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen berasa kagum dengan bakat terpendam yang ditunjukkan oleh pelawak itu.

Ada netizen turut berpendapat apa yang dilakukan oleh Man adalah sesuatu yang ‘sweet’ dan romantik.