[VIDEO] “Nak masak ke sambung jap lagi” Reaksi Kak Lina Bila ‘Papa’ Kiss Tengah Masak

Selamat menamatkan zaman ibu tunggal pada 17 Januari lalu, artis serba boleh Elly Mazlein kini dilihat semakin bahagia menjalani fasa berbulan madu dengan suami, Mohamad Azlan Che Nuh. Reaksi pelakon yang turut dikenali sebaagi Kak Lina ini ketika ‘dikacau’ suaminya menghiburkan hati netizen seperti dimuatnaik di saluran Youtubenya pada Sabtu. Video berdurasi 18 minit 31 saat [...]

Siap yang tak kenal dengan Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau lebih dikenali dengan panggilan Elly Mazlein yang telah selamat menamatkan zaman ibu tunggal pada 17 Januari lalu.

Kemeriahan majlis perkahwinan beliau turut dirasai peminat industri tanah air apabila majlis itu dikongsi oleh beliau di laman Instagram beliau.

Pelakon dan penyanyi itu bertemu jodoh dengan seorang jejaka dari Pantai Timur dan merupakan seorang cikgu.

Pasangan ini bagai pinang dibelah dua

Bagai pinang dibelah dua, pasangan ini dikatakan semakin bahagia dan jelas terpancar diraut wajah pelakon itu.

Sementara itu apabila ditanya mengenai berbulan madu, Elly Mazlein turut menjawab beliau dan suami perlu menunggu cuti persekolahan bermula untuk berbulan madu.

Dikatakan pelakon serba boleh itu semakin bahagia bersama suami, Mohammad Azlan Che Nuh.

Reaksi spontan Kak Lina dikacau suami sendiri

Sementara itu, pelakon itu atau lebih mesra disapa Kak Lina turut memuat naik satu video reaksi beliau apabila dikacau oleh suaminya sendiri.

Menerusi video yang berdurasi 18 minit 31 saat itu, Kak Lina berkongsi video memasak ketam masak lemak resepi dari pelakon Kampung People itu.

Video tersebut dirakam di dapur rumahnya dan kini Kak Lina dilihat aktif berkongsi pelbagai resepi masakan.

Tidak lama selepas memasak hidangan itu, Mohamad Azlan dilihat di belakang mencari sesuatu di dalam laci.

Sweetnya suami Kak Lina Pom Pom

Selepas itu, Mohamad Azlan yang mengenakan Tshir berwarna merah dan ringkas berkain pelikat itu meninjau ke dapur sambil melihat isterinya yang sedang memasak.

Setelah menyedari pelakon itu sedang membuat rakaman video, suaminya yang dipanggil ‘Papa’ berkenaan mencium tengkuknya dan beredar dari ruang dapur.

Reaksi Kak Lina ketika itu yang terkejut dengan tindakan ‘sweet’ suaminya itu jelas terpancar riak kebahagian beliau.

Video tersebut turut tular di laman sosial dan rata-rata netizen mendoakan semoga Kak Lina dan suami tercinta kekal hingga ke syurga.