[FOTO] “Doakan masih belajar untuk jadi yang lebih baik” Tya Arifin Semakin Cantrik Bertudung

Pelakon dan usahawan, Tya Arifin akui masih dalam proses mempelajari dan membiasakan diri untuk berhijab. Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, Tya berharap peminat mendoakan dirinya agar terus istiqomah. “Bismillahirahmanirrahim. Doakan Tya yang masih terus belajar dan belajar untuk menjadi yang lebih baik,” tulisnya ringkas. Bagaimanapun dia masih lagi tidak mengesahkan sama ada penampilan itu [...]

Pelakon dan usahawan, Nurtria Wulandari atau lebih dikenali sebagai Tya Arifin antara selebriti wanita yang diminati ramai terutama golongan wanita.

Memiliki wajah yang cantik semulajadi dan penampilan yang menarik beliau turut dikenali sebagai seorang usahawan produk kecantikan.

Menantu tiri kepada penyanyi kesayangan ramai Dato Sitinurhaliza ini, dikatakan sedang membiasakan diri berhijab.

Manis dan sopan Tya Ariffin berhijab

Tampak manis dan sopan, beberapa posting terbaru yang dimuat naik oleh pelakon Indonesia ini kelihatan ayu berhijab.

Menerusi posting terbaru beliau di laman sosial Instagram, Tya berharap peminat mendoakan dirinya terus istiqomah berhijab.

Sementara itu, beliau turut mengakui dalam proses belajar dan membiasakan diri dengan penampilan barunya.

Doakan Tya terus belajar dan menjadi lebih baik

“Bismillahirahmanirrahim. Doakan Tya yang masih terus belajar dan belajar untuk menjadi yang lebih baik,” tulisnya ringkas.

 

View this post on Instagram

 

Bismillahirahmanirrahim. Doakan Tya yang masih terus belajar dan belajar untuk menjadi yang lebih baik 🧡 (3/3)

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

 Walaupun telah memuat naik beberapa posting berhijab di Instagram, beliau masih belum membuat sebarangan pengesahan terbuka mengenai penghijrahannya itu.

Namun begitu, menerusi ruangan komen, beberapa rakan selebriti sempat menitipkan doa dan sokongan mereka kepada Tya.

 

View this post on Instagram

 

Thankyou for having me Inspirasi Kool Fm @koolfmmy !❤️ Berbicara tentang perniagaan Tya, Jamu Mutyara @mutyarabeauty . Alhamdulillah sudah menginjak tahun ke-2. Seperti yang Tya share di Kool Fm tadi, Wanita berhak untuk Bangkit. Kita tak boleh Diam saja dengan keadaan keluarga yang begitu saja. Mengharap dan menunggu gaji suami, lepastu komplain. Kita sebagai Wanita, sebagai seorang Istri harus membantu perekonomian suami kita. Bantu keluarga kita. Wanita Boleh. Di Tahun 2020 ini, Tya nak bantu ramai Wanita untuk Bangkit! Bantu Wanita Jana income lebih setiap bulannya. Siapa Nak dibantu, join FB Grup “Jom Jadi Usahawan Mutyara ❤️ “ sekarang juga. atau hubungi 0125799011 , team @mutyarabeauty siap membantu ❤️

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Amin, Insha-Allah Tya sayang antara ucapan dari Mila Filzah

Antara rakan selebriti yang mendoakan beliau terdiri daripada Mira Filzah, Syamim Farid dan Eleena Sui serta peminat beliau sendiri.

“Alhamdulillah… Amin… Insha-Allah Tya sayang,” tulis @mfmirafilzah

“Alhamdulillah… Amin… Semoga dipermudahkan urusan untuk Tya,” komen @syamimfarid

“Alhamdulillah… Amin. Insha-Allah, doakan saya juga ya. Sama-sama berusaha ke arah lebih baik,” coret @eleena.sui

Berkahwin dengan Asyraf Khalid dan mempunyai 2 orang anak

Terdahulu, beliau berkahwin dengan ahli perniagaan Malaysia, Asyraf Khalid yang juga anak ketiga Khalid Mohamad Jiwa dan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza pada 1 November 2015.

 

View this post on Instagram

 

Hari ini datang kenduri jiran bersama suami @asyrafkhalid ❤️

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw) on

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Arif Jiwa yang dilahirkan pada 31 Mac 2017.

Pada Januari 2019, Tya mengumumkan menimang cahaya mata kedua dan menjadikan pasangan ini mempunyai dua orang cahaya mata.