[VIDEO] Rosyam Nor Terpaksa Tahan Kemasukan Pelanggan Di Pasaraya Miliknya, Ini Penjelasannya

Pelakon dan usahawan Datuk Rosyam Nor terpaksa menyekat kemasukan pelanggan di pasaraya miliknya semalam. Menurut Rosyam tindakan itu terpaksa diambil berikutan pembelian panik yang dilakukan oleh orang ramai susulan berita mengenai kononnya kerajaan bakal mengumumkan perintah berkurung atau lockdown. Rosyam memaklumkan perkara itu menerusi video pendek di akaun Instagramnnya. “Saya tahu semua tiba-tiba jadi panik [...]

Pelakon dan ahli perniagaan popular Datuk Rosyam Nor hari ini mengeluarkan kenyataan terpaksa menyekat kemasukan pelanggan di pasaraya miliknya.

Menerusi satu muatnaik di laman Instagram milinya, Rosyam berkata tindakan itu terpaksa diambil berikutan pembelian panik yang dilakukan oleh orang ramai.

Ini adalah susulan berita palsu mengenai kononnya kerajaan bakal mengumumkan perintah berkurung atau lockdown.

Rosyam telah memaklumkan perkara tersebut menerusi satu video pendek di akaun Instagram miliknya semalam.

“Saya tahu semua tiba-tiba jadi panik dan datang beramai-ramai, saya harap anda semua boleh bersabar kerana dalam pasaraya dah penuh.”

“Kalau kita bagi semua orang masuk akan jadi lagi padat dan akan menyebabkan kesukaran untuk membeli barang nanti jadi kelam-kabut.

“Minta maaf sebab keadaan dah jadi macam ni jadi kami terpaksa tahan orang dekat luar supaya tak masuk dalam agar tidak menjadi terlalu padat,”

 

View this post on Instagram

 

Mohon maaf pihak saya terpaksa buat sekatan kemasukkan pelanggan

A post shared by Rosyam Nor (@iamrosyam) on

Rata-rata penikutnya di Instagram faham dengan situasi tersebut dan berharap agar keadaan terkawal.

“Kami sekeluarga memang tiap2 bln ke rosyam mart utk beli brangan dapur.. Walaupun jauh snggup ke rosyam mart semata2 beli brg dapur buat stock.. So bila jd panic buying ni dlm kple otak ttp akan tuju ke rosyam mart.. Harap2 keadaan di sana masih blh dikawal.. Kami faham kalau dato buat sekatan mcm tu demi utk keselamatan semua… Kerjasama pelanggan jgk penting… Alhamdulillah kalau stock brg di kedai mencukupi… Nanti kami akan kesana utk tp4 brg rumah.” – eiyrha

Terdahulu, pasaraya ST Rosyam Nor dibuka 24 jam di Setiawangsa, dan pernah diserbu pelanggan kerana menjual ayam pada harga 88 sen seekor pada September lalu.

Pasaraya ini merupakan milik bersama Rosyam Nor dan juga Sri Ternak Group.

Nama pasar raya ST Rosyam Nor yang mempunyai keluasan sebanyak 13 lot unit kedai itu diambil sempena usaha samanya dengan syarikat Sri Ternak.