[VIDEO] Wajah Hanis Zalikha Dikatakan Iras Rose Blackpink, 1Juta Views Video Hairul

Hairul Azreen dan Hanis Zalikha merupakan antara pasangan selebriti yang jarang sekali terpalit dengan kontroversi yang mengejutkan peminat mereka. Oleh sebab itu, Hairul Azreen mahupun Hanis Zalikha menjadi diantara selebriti yang cukup popular dalam industri seni tanah air. Bahkan menerusi laman Instagram, kedua-duanya memiliki pengikut yang sudah mencecah angka besar dimana ramai suka mengikuti perkembangan [...]

Pengguna tegar Instagram pastinya mengenali pasangan pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang merupakan antara pasangan selebriti yang jarang terpalit dengan isu.

Disebabkan itu, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha menjadi di antara selebriti yang cukup popular dalam industri hiburan Malaysia.

Buktinya menerusi laman Instagram, kedua-duanya memiliki pengikut yang sangat besar hampir sepuluh juta pengikut secara keseluruhan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanis Zalikha (@haniszalikha) on

Sering jadi perhatian ramai

Walaupun Hairul saja dilihat sangat aktif dalam bidang lakonan manakala Hanis Zalikha pula lebih fokus dalam bidang perniagaan, tetapi peminat mereka sangat suka melihat gelagat keluarga mereka.

Terutama sekali kedua-dua anak mereka iaitu Yusof dan Alisa turut sekali popular bersama kucing mereka bernama Bujibu.

Terbaru, satu perkongsian video Hairul Azreen menerusi laman Instagram miliknya telah mencecah lebih satu juta tontonan.

Menerusi perkongsian tersebut, Hairul Azreen meluahkan rasa rindu terhadap isterinya kerana dia memberitahu dirinya sibuk berkerja dengan memuat naik satu klip video isterinya, Hanis Zalikha yang kelihatan lucu apabila mereka dilihat bergurau berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Perkongsian video tersebut oleh Hairul Azreen kerana rindu akan isterinya membuatkan para pengikutnya meninggalkan pelbagai komen lucu.

Malah, wajah Hanis Zalikha turut menjadi perhatian peminat dimana ada yang merasakan dia kelihatan seperti penyanyi dari Korea popular iaitu Rose.

Penyanyi yang dikenali Rose itu sangat popular di serata dunia dimana dia merupakan salah seorang ahli kumpulan Kpop, Blackpink yang mana turut dianggotai oleh Jennie, Lisa dan Jisoo.

Hanis Zalikha atau nama sebenarnya Hanis Zalikha binti Zainal Rashid merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara.

Hanis pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.

Hanis telah mendirikan rumah tangga bersama Hairul Azreen pada 8 Jun 2015.

Bersama Hairul, mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Yusuf Iskandar yang dilahirkan pada 3 Jun 2016 dan seorang cahaya mata perempuan bernama Alisa Aisyah.