[VIDEO] Uyaina Arshad Jadi Hos Meletop, Peminat Kata Layak Ganti Neelofa

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad sejak kebelakangan ini sangat mendapat perhatian netizen apatah lagi drama lakonannya berjudul Jujurlah Nikahi Aku meraih respon positif dan sokongan luar biasa peminat drama tempatan. Seperti yang diketahui juga, Uyaina Arshad sangat aktif dan turut dikenali ramai sebagai pengacara malah bakat wanita berusia 27 tahun ini sangat menyerlah di Indonesia. [...]

Pelakon dan pengacara yang sedang meningkat naik, Uyaina Arshad sejak kebelakangan ini selalu mendapat perhatian netizen.

Apatah lagi drama lakonannya berjudul Jujurlah Nikahi Aku meraih respon positif dan sokongan luar biasa daripada peminat drama tempatan.

Bagi para peminat Uyaina Arshad pastinya tahu Uyaina sangat aktif dan turut dikenali ramai sebagai pengacara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Malah bakat wanita berusia 27 tahun ini bukan saja menyerlah di Malaysia tetapi juga di negara seberang, Indonesia.

Dengan pakej rupa yang ayu, memiliki ketinggian yang lampai serta wajah yang manis serta petah berbicara membuatkan Uyaina Arshad kini semakin popular dalam industri hiburan.

Terbaru, Uyaina Arshad telah membuat kemunculan pertama sebagai hos di rancangan hiburan popular, Meletop pada malam Selasa.

 

View this post on Instagram

 

Memang rugi siapa tak tengok MeleTOP, @uyainaarshad belanja nyanyi satu lagu woih! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Kehadirannya menyerikan lagi program berkenaan dan membuatkan rata-rata penonton sangat senang dengan hos jemputan kali ini.

 

View this post on Instagram

 

Untuk soalan “perlu ke selalu pakai mask”, kalau ada symptom pakai lah ya. Utama kan yang tak sihat dulu #MeleTOP #Covid19

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

Ternyata, jemputan daripada pihak Meletop buat Uyaina Arshad sebagai hos kali ini membuatkan rata-rata meninggalkan komen positif buat selebriti jelita ini.

Malah, Uyaina Arshad juga dikatakan sangat layak untuk menggantikan posisi selebriti terkenal, Neelofa dirancangan berkenaan setelah dia mengundurkan diri pada akhir tahun lalu.

Uyaina Arshad dikatakan mampu dijadikan pengganti sekali gus menjadi pengacara tetap bergandingan dengan Nabil Ahmad kerana menyukai caranya yang dikatakan tidak over.

Menerusi Instagram, Uyaina Arshad juga sempat berkongsikan momen berkenaan kepada ramai dengan memuat naik foto ketika menjadi pengacara Meletop.

“Something to remember ♥️”

 

View this post on Instagram

 

Something to remember ♥️ . Tudung: @galeriariani Outfit: @my.ghaania MUA: @ramzamode #UyainaArshad

A post shared by UA (@uyainaarshad) on

Uyaina Arshad ataupun nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina binti Arshad dilahirkan pada 16 November 1992 ialah seorang pengacara, pelakon, model, dan usahawan Malaysia.

Uyaina memulakan kerjaya awal dalam industri hiburan sebagai pelakon teater dan telah dinobatkan sebagai juara Pencarian Nona Manis 2015 anjuran TV3 dan terkenal sebagai pengacara Nona (2016-2017) dan Wanita Hari Ini (2017-kini).