[VIDEO] Rider Makanan Maut Digilis Lori Laju di Lebuh Bukit Jalil-Puchong

Seorang pemandu lori dilaporkan telah ditahan selepas dia didapati memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kemalangan dengan lima kenderaan lain dan telah menyebabkan kematian berhampiran sebuah hotel di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), semalam.

Sebelum ini, telah tular satu video rakaman ‘dash cam’ yang memaparkan kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori dan beberapa kenderaan lain.

Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari itu, seorang penghantar makanan berusia 35 tahun yang parah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Serdang.

Menurut laporan dari Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika lori dipandu suspek berusia 47 tahun berkenaan bergerak agak laju sebelum hilang kawalan selepas keluar dari susur Lebuh Bukit Jalil-Puchong.

“Disebabkan keadaan itu, lori itu telah melanggar sebuah van sebelum merempuh sebuah motosikal Yamaha Y125ZR dan Perodua Axia dalam masa sama mengakibatkan penunggang motosikal berkenaan jatuh di lokasi kejadian.

“Lori yang masih tidak dapat dikawal ketika itu kemudian telah melanggar belakang Perodua Myvi dan Toyota CHR sebelum terbabas di bawah jejantas dan terhenti di situ.” – Kata Superintendan Azman Shari’at.

Azman berkata, pemandu lori berkenaan ditahan untuk menjalani ujian alkohol dan urin.

“Semakan mendapati pemandu lori berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Kepada anda yang diluar sana, pandulah dengan cermat. Ingat! bukan anda sahaja pengguna jalan raya. Kesilapan anda, tetapi mungkin nyawa orang lain yang akan melayang.

Menerusi perkongsian oleh warga twitter yang lain, pemandu lori tersebut pada mulanya melarikan diri dengan meninggalkan lorinya di tepi jalan.

 

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan nasib yang diterima Allahyarham.

“Ya Allah, dua kali mangsa digilis tayar lori tu, tayar depan dan belakang. Harap pemandu lori dapat ditngkap.”

“Tapi sebenarnya, rider dah meninggal sewaktu rider dah terbaring kat situ tadi, arwah masih sedar time tu.. tapi ambulan lambat sampai. Kitorang tengok rider macam nak nazakk, kitorang terus cepat2 ajar mengucap kat situ jugak..”