[VIDEO] “Rezeki Tidak Pernah Putus Seperti Air Zam-Zam” Neelofa Kongsi Doa Murah Rezeki Amalannya

Berdoalah dan berceritalah dengan Yang Maha Esa kerana kekuatan doa amat luar biasa bagi umat Islam dimuka bumi ini.

Pelbagai dugaan dan ujian yang menimpa janganlah anda mengadu kepada manusia sebaliknya mengadulah pada Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihanii.

Tidak semestinya doa yang lebih panjang itu diterima, berdoalah seringkas dan sepadat kerana kekuatan doa terletak pada niat kita memintanya dan kebaikan kepada seluruh manusia sejagat hendaknya.

Pengacara, usahawan terkenal dan pelakon kesayangan ramai iaitu Neelofa 30, berkongsi satu doa murah rezeki yang diamalkan dan turut dikongsi kepada ahli keluarganya dan kenalan rapat.

Menerusi satu temuramah, Neelofa berkongsi doa tersebut yang ringkas dan padat kepada semua penonton di studio.

Video doa dilimpahi rezeki itu turut dimuat naik oleh orang ramai untuk berkongsi kebaikan itu bersama.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial Instagram NAURA@naurashares berkongsi doa yang dikongsi oleh Neelofa itu.

Ini merupakan doa yang dikongsikan Neelofa kepada semua.

Semoga ia mendatangkan keabaikan dan manfaat kepada semua pembaca dan semoga anda semua dimurahkan rezeki yang bertebaran seperti air Zam-Zam.