[VIDEO]”Anakanda Maryam Jika Ini Hari Terakhir Mama, Mama Harap…” Sebak Pesanan Mawar.

Perpisahan antara pelakon dan pengacara Fizo Omar dan Mawar Karim masih menjadi buah mulut netizen walaupun mereka telah berpisah secara baik.

Rata-rata netizen masih berharap pasangan ini kembali bersama semula. Semoga ada jalan untuk mereka dan diberikan ruang dan masa buat mereka berrdua.

Semalam tular satu video perkongsian dari Ustaz Ebit Lew yang berkungjung ke kediaman keluarga Mawar Karim mengadakan satu majlis ilmu disana.

Turut hadir selain Mawar adalah ahli keluarganya dan beberapa pekerja butik milik Mawar. Program Door to Door Ebit Lew sebelum ini bersama Aliff Aziz yang juga baru berpisah dengan Bella Astillah sebelum ini.

Majlis ilmu dan tazkirah ini berkisar mengenai bagaimana mahu mendidik hati untuk tidak bersangka buruk dan berkongsi mengenai ujian yang mereka tempuhi.

“Kena belajar memaafkan dan ‘putihkan’ hati. Kalau hari ini hari terakhir, selagi hidup kita kena ada semangat untuk berjuang”.

“Tapi kalau hari ini hari terakhir kita hidup di dunia, kita kena berasa gembira apabila sampai ajal sebab dapat bertemu Allah,” kongsi Ebit Lew.

Mawar turut berkongsi mengenai ujian yang menimpa rumahtangganya dan ia sentiasa meluahkan apa yang terbuka dalam doanya. Beliau mahu terus positif dan memperbaiki diri.

Saya kena teruskan kehidupan dan pasti Allah itu tidak zalim dan Dia Maha Adil. Pasti ada yang terbaik untuk saya pada masa depan”.

“Saya cuba terbaik, apa pun saya nak perbetulkan diri sendiri dan utamanya nak dekatkan diri dengan Allah”.

“Saya memang akui sentiasa mengadu pada Allah, tak perlu mengadu pada orang lain. Saya akui saya pun ada salah sebelum ini tetapi yang penting ialah yang nak berubah adalah saya sendiri dan minta doa pada Allah saja,” luah Mawar. 

Mawar turut ditanya jika hari ini hari terakhirnya apakah pesanan buat anaknya Wan Maryam buat kali terakhir.

Sebak mendengar pesanan terakhir buat Maryam dan Mawar sendiri mengalirkan air mata dan sebak sebelum membuat pesanan.

Menurut Mawar, apa yang terjadi antara Mawar dan Fizo semuanya berlaku tanpa diminta dan berjanji apa yang berlaku tidak akan mengurangkan kasih sayang mereka berdua buat Maryam.

“Kepada Maryam, kalau saya tiada, jagalah amalan…sebagai orang Islam. Saya harap Maryam bahagia, jaga diri baik-baik, jaga solat itu yang penting.

“Walaupun apa yang jadi pada mak dan bapa, mak dan bapa terlalu sayang dekat awak, Maryam.

“Apa yang berlaku bukan saya dan Fizo yang minta. Semua berlaku ada sebab. Apa pun, kasih sayang Maryam tak pernah kurang, Insya-Allah,” pesanan penuh sebak Mawar Abdul Karim, 30, buat anaknya, Wan Maryam, 2. 

Semoga Maryam membesar dengan bahagia dan berilah ruang buat Fizo dan Mawar kerana perpisahan bukan mudah seperti disangka.

Sumber : Soya Lemon, Ustaz Ebit Lew