“Dia rupanye yg semak kat hgway rumah kita” Komen Netizen Ini Dibalas Pedas Tokti

Penyanyi kegemaran ramai Datuk Siti Nurhaliza Tarudin atau lebih mesra disapa Tokti dikalangan peminatnya.

Menerusi laman sosial TokTi, beliau dilihat sering melibatkan diri dengan aktiviti sukan berbasikal.

Selain itu, Tokti juga sering berkongsi perjalanan hidup dan karier seninya bersama pengikut dilaman sosial Instagram.

 Terbaru, Tokti memuat naik satu gambar beliau menyertai satu acara berbasikal di Lekas dan beliau berjaya menamatkan acara tersebut.

Semasa acara itu berlangsung, Tokti telah terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian lututnya. Namun, beliau tetap bersemangat untuk meneruskan acara yang disertainya.

Walaupun mengalami kecederaan Tokti berjaya menamatkan acara tersebut dan memperoleh medal.

Medal dan kejayaan itu adalah untuk anak kesayangannya Siti Aafiyah dan acara tersebut merupakan kejayaan kali kedua beliau dalam sukan berbasikal.

Seperti yang diketahui umum, Tokti merupakan seorang penghibur yang sangat baik, bersopan dan menyenangkan semua orang.

Namun begitu, walaupun Tokti sering berkongsi sesuatu yang positif dilaman sosialnya, masih ada netizen yang menyalahkan beliau hanya kerana menyertai acara berbasikal tersebut.

Komen pedas netizen itu turut mendapat reaksi dari Tokti yang membalasnya dengan sindiran yang sopan.

 

Selain itu, rata-rata rakan artis dan netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan Tokti dalam acara tersebut.