“Allah syg kau abang” Dalam Tempoh 3 Bulan, Ali Puteh Hilang Kasih Anak & Abang Tersayang

Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh ialah seorang pelawak, pengacara dan pelakon Malaysia. Dia merupakan adik kepada pelawak Abam Bocey. Ali Puteh pernah menyertai program raja lawak musim ke- 6 bersama abangnya Abam yang merupakan anggota Bocey, kini. Ketika itu mereka dikenali sebagai Albob. Terbaru, menerusi sebuah posting di laman Instagramnya, pelawak yang [...]

Ali Puteh ataupun nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan adalah seorang pelawak, pengacara dan juara Maharaja Lawak Mega 2019.

Ali juga merupakan adik kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan pernah menyertai program raja lawak musim ke- 6 bersama abangnya dan dikenali sebagai Albob.

Pemergian Abam secara tiba-tiba ternyata memberi kesan yang mendalam buat Ali yang baru saja kehilangan anak sebelum ini.

Sebelum ini Ali baru kehilangan anak keduanya, Sharifah Ainul Nur Mardiah pada 26 November 2019.

Masih belum hilang rasa sedih pemergian puteri kesayangannya, kini Ali menghadapi ujian baru apabila abangnya pula dijemput Ilahi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on

“Salam semua…Allah syg kau..Allah syg kau abanggg…jenazah Di hospital selayang Dan Akan dimandi Dan dikafan Di masjid Batu 8 gombak..”

Sepanjang pengebumian, berpusu-pusu orang ramai hadir bagi menziarahi jenazah dan memberikan penghormatan terakhir.

Malah, rakan-rakan arts turut hadir bagi memberi semangat kepada rakan seperjuangan mereka terutamanya Achey.

Abam Bocey ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Isni dan disahkan sendiri oleh isterinya Hidayah.

Allahyarham Abam meninggalkan seorang balu dan seorang anak yang kini berusia 5 bulan, Syed Uthman Hamzah.