[VIDEO] “Polis dtg pun aku tak takut!” Lelaki ‘Tibai’ Pemandu Bas Guna Extension Ditahan

Hanya disebabkan berlaku kemalangan kecil, seorang pemandu kereta pacuan empat roda bertindak memukul pemandu bas pelancong bertubi-tubi tanpa belas kasihan walaupun mangsa sudah berkali-kali merayu meminta suspek berhenti memukulnya. Video kejadian yang dirakam oleh salah seorang pelancong dalam bas itu juga turut viral di media sosial. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din berkata, kejadian [...]

Seorang pemandu kereta pacuan empat roda bertindak membelasaah seorang pemandu bas pelancong bertubi-tubi tanpa belas kasihan hanya disebabkan berlaku kemlangan kecil.

Malah pemandu bas itu sudah berkali-kali merayu meminta suspek berhenti dari terus memukulnnya.

Menerusi Facebook, video kejadian yang dirakam oleh salah seorang pelancong dalam bas itu menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarudin Md Din, kejadian itu berlaku pada jam 1.45 petang semalam di Jalan Gelang Patah-Pendas.

Pada mulanya kedua-dua pihak terbabit dalam satu kemalangaan. Mangsa kemudian keluar dari bas untuk melihat keadaan kenderaan lelaki tersebut yang kemudian secara tiba-tiba memukulnnya.

Pemandu bas kemudian lari masuk ke dalam bas dan dikejar dua lelaki berkenaan yang membelasaahnya biarpun cuba ditenangkan oleh para penumpang di dalam bas.

Ekoran kejadian itu, pemandu bas itu telah cederaa di bahagian kepala dan tangannya. Malah, beberapa peralatan bas juga turut dirosakkan oleh kedua-dua lelaki tersebut.

Anggota peronda polis tiba di lokasi kejadian dan meminta kedua-dua pihak membuat laporan di Balai Polis Trafik berhampiran.

Di Balai Polis Trafik, IPD Iskandar Puteri, suspek bertindak agresif dan mengeluarkan kata-kata berbaur perkaumaan dan menghempas kerusi.

Malah, tidak cukup dengan itu, dua suspek itu telah meyerang anggota pengawal lokap sehingga berlaku pergelutan dengan mereka.

Video insiden di dalam bas