[VIDEO] Pimpin Bacaan Doa ‘Live’, PM Sebak Mohon Perlindungan Dari Allah

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas COVID-19 sebentar tadi telah mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April depan. Dalam doa yang diselit di penghujung perutusan, beliau kedengaran menahan sebak meminta supaya dugaan kepada negara ketika ini untuk berkahir dengan segera.

Mengakhiri Perutusan Khas COVID-19 sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memimpin bacaan doa untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Dalam nada sebak, Tan Sri Muhyiddin memohon deiberikan kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada untuk menghadapi dugaan yang berat ini.

Berikut adalah doa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibaca ketika Perutusan Khas berhubung lanjutan Perinta Kawalan Pergerakan akibat Covid-19 di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya, hari ini.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
“Engkau ampunilah dosa-doa kami,

“Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami,

“Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah,

“Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa,

“Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

“Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini,

“Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami,

“Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMu.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi

“Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada

“Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah

“Tiada mara bahaya yang tidak dapat “Engkau jauhinya dari kami Ya Allah

“Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah

“Lindungilah kami

“Selamatkanlah kami

“Sejahterakanlah hidup kami.”

Di dalam perutusan itu, kerajaan telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April susulan taklimat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara.