Hari ini kabinet telah memutuskan agar dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri dipotong dan disalurkan terus kepada Tabung COVID-19.

Menerusi Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet semalam.

“Langkah itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak COVID-19,” kata kenyataan itu.

Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.

Keputusan tersebut turut dikongsikan di laman Facebook Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Jumlah sumbangan wang terkumpul untuk Tabung COVID-19 termasuk geran kerajaan adalah sebanyak RM8,493,103.48 sehingga semalam.

226 views
"Your favorite story, whatever it might be, was written for one reader." Brian Bloom, 5 to 7.