4 Kematian Dalam 24 Jam, Malaysia Catat 14 Kes Kematian COVID-19

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat kes kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara, hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes sehingga kini. Beliau berkata, setakat ini negara merekodkan 212 kes baru menjadikan keseluruhan [...]

Hari ini Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan empat kes kematian koronavirus baharu (Covid-19) dalam negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pelaporan terbaru itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 14 kes sehingga kini.

Tambahnya lagi, setakat ini negara merekodkan 212 kes baru menjadikan keseluruhan 1,518 kes setakat hari ini.

“Daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dalam siasatan. Sebanyak 57 dalam ICU termasuk 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Seramai 20 pesakit Covid-19 sudah sembuh dan dibenarkan pulang sehingga hari ini. Ini menjadikan 159 pesakit Covid-19 berjaya sembuh dan discaj hospital.

“Tahniah dan terima kasih kepada anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Berikut perincian empat kematian yang direkodkan sepanjang 24 jam yang lalu:

• Kes kematian ke-11 merupakan kes ke-1,070 merupakan seorang lelaki berumur 70 tahun dan warganegara Malaysia. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dan dirawat di ICU Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Beliau disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020.

• Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1,114 juga seorang lelaki, rakyat tempatan yang berumur 70 tahun. Allahyarham merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek Sri Petaling dan dirawat di Hospital Kluang, Johor. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

• Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1,006 berumur 49 tahun lelaki warganegara Malaysia. Beliau yang dirawat di Hospital Umum Sarawak merupakan anak kepada kes ke1031. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

• Kes kematian ke-14 pula merupakan kes ke-595 iaitu seorang wanita tempatan berumur 51 tahun. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.