[VIDEO] “Penipu! Kata janda tapi masih ada suami & 3 anak..” Pengantin Perempuan Dihalau Bakal Mentua

Suasana kecoh apabila pengantin baru ini dihalau oleh mertuanya sendiri dari pelaminan gara-gara mengaku janda padahal masih mempunyai suami.

Majlis perkahwinan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi tegang dalam insiden yang berlaku di sebuah gereja di Daerah Deli Serdang, pada 15 Oktober 2020 hingga memaksa penglibatan pihak polis.

Bagaikan sinetron

Perkahwinan di antara Rina Boru Nasution, 26, dan Toni Sihombing, 32, tidak kesampaian apabila majlis itu terpaksa dibatalkan.

Ianya bukan kerana tidak saling mencintai, namun disebabkan ada pihak ketiga yang hadir membantah perkahwinan itu.

Suami kepada pengantin perempuan hadir ke gereja tersebut bagi menghalang majlis itu diteruskan dan menegaskan dia adalah suami yang sah kepada wanita itu.

Bahkan, keadaan serta-merta menjadi kecoh apabila keluarga pengantin lelaki yang terkejut dengan perkara itu dan dengan kehadiran pihak polis.

Video dan gambar insiden itu telah tular meluas di media sosial.

Mengaku janda kematian suami

Sebelum ini, Rina dikatakan mengaku sebagai seorang janda ekoran kematian suaminya.

Namun pengakuan Rina itu ternyata hanya palsu apabila suaminya datang pada hari kejadian.

Batal kahwin

Pihak gereja kemudian bertindak membatalkan perkahwinan tersebut. Cincin emas yang telah disarungkan pada jari pengantin perempuan juga diambil secara paksa oleh keluarga pengantin lelaki.

“Dia penipu! Dia penipu! Kata janda, tetapi rupanya masih ada suami, tiga anak,” jerit seorang lelaki yang kedengaran dalam video tersebut.

Ketua Polis Daerah Delitua, Efianto berkata, pihak keluarga pengantin lelaki meminta polis membawa wanita itu ke balai polis untuk tindakan lanjut. Pihaknya turut menerima laporan polis dari suami wanita terbabit.

Meronta-ronta menangis

Malah semasa hendak dibawa ke balai, Rina meronta-ronta dan menangis kerana kesal dengan tindakan suami dan bakal mertuanya itu.

Pihak polis terpaksa menasihatkan Rina dan suaminya agar menyelesaikan hal itu dengan baik tanpa melibatkan sebarang kekerasan.

Akhirnya pasangan itu bersetuju dengan tiada tindakan dikenakan terhadap Rina.

Rata-rata netizen merasa kasihan dengan pengantin lelaki yang ternyata tidak mengetahui perkara itu dari awal.