Connect with us

Viral

[VIDEO] Dua Beradik Kelaparan Kira Duit Tepi Restoran, Tindakan Pasangan Ini Buat Netizen Sebak


Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Begitulah ungkapan yang boleh digambarkan buat mereka yang berusaha demi sesuap nasi setiap hari.

Begitu juga dengan kisah yang tular di laman Facebook oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Samuel Lee.

Dua beradik sedang meminta sedekah di hadapan restoran makanan segera


Menerusi video yang tular tersebut, memperlihatkan tindakan satu pasangan ini yang memberi makanan dan duit kepada dua beradik .


Adik beradik ini seperti sedang menunggu seolah-olah sedang meminta sedekah di hadapan restoran makanan segera.

Mereka turut memberikan satu set makanan segera 

Pada mulanya, lelaki tersebut hanya memberikan wang kepada adik beradik itu. Namun, melihat mereka sedang mengira duit yang telah diterima membuatkan dia berasa sebak.

Lantas menyuruh teman wanitanya memberikan satu set makanan segera kepada adik beradik itu.

Kelihatan kedua beradik ini begitu gembira diberikan makanan

Video yang berdurasi selama 42 saat itu memaparkan tindakan teman wanitanya yang memberikan sebungkus makanan segera kepada dua beradik itu.

Walaupun adik beradik itu kelihatan terkejut dengan bungkusan makanan yang diberi namun kelihatan keduanya sungguh gembira setelah mendapat makanan itu.

Budak lelaki itu sempat tunjuk thumbs up 

Bahkan, budak lelaki itu sempat menujukkan thumbs up kepada lelaki itu yang merakamnya dari dalam kereta.

“The moment when u see this true reaction from the less fortunate kids. I’m speechless.. God bless.

“Covid virus pls go away ! The people are suffering ”

Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen yang memuji tindakan mereka berdua dan video tersebut telah menerima leibh 2 ribu tanda suka.

Rata-rata netizen mendoakan kedua beradik itu dimurahkan rezeki dan lebih ramai individu yang tampil menghulurkan bantuan kepada orang ramai yang memerlukan.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)