[VIDEO] Pelakon Bollywood Arjun Rampal Puji Zulin Aziz, Minta Netizen Translate Dialog

Aktor Bollywood terkenal, Arjun Rampal meminta warganet menterjemahkan dialog yang dituturkan pengacara Zulin Aziz menerusi sebuah video yang disunting bersamanya. Biarpun tidak memahami isi kandungannya, kata Arjun, video tersebut kelihatan seperti sebuah video yang mencuit hati. "Can you translate. It seems funny, lol stay safe (Boleh ke awak terjemahkannya, ia kelihatan lucu)," tulis Arjun menerusi [...]

Pelakon terkenal Bollywood, Arjun Rampal telah meminta netizen untuk menterjemahkan dialog yang dituturkan pengacara Zulin Aziz menerusi sebuah video yang disunting di laman Twitter.

Walaupun dia tidak memahami isi kandungannya, Arjun berkata video tersebut kelihatan seperti sebuah video yang kelakar.

“Can you translate. It seems funny, lol stay safe (Boleh ke awak terjemahkannya, ia kelihatan kelakar),” tulis Arjun menerusi satu perkongsian di akaun Twitter miliknya yang memiliki lebih 4.4 juta pengikut.

Sebelum ini, Zulin Aziz telah menyunting satu sedutan video daripada salah sebuah filem lakonan Arjun sebelum berkongsinya di laman Twitter.

Di dalam video tersebut yang menggunakan percakapan dalam bahasa Melayu dan Hindi, Zulin melakonkan watak sebagai isteri Arjun.

“Perkenalkan.. inilah suami saya. Dia seorang polis yang berjuang untuk negara sewaktu Covid-19 ni. Jangan sampai suami saya tangkap kamu orang! #stayathome,” katanya.

Video tersebut telah diulang tweet lebih 3,000 kali oleh netizen dan kemudiannya mendapat perhatian aktor kacak tersebut.

Dalam pada itu, Zulin Aziz menerusi satu perkongsian terbarunya di laman Instagram meluahkan rasa teruja selepas video tersebut mendapat perhatian aktor pujaannya.

“Kan dah beritahu… suami saya tak paham sangat Melayu..Awwww dia suruh translate guys. Aku boleh tidur senyum macam ni @rampal72,” tulisnya diruangan kapsyen.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Zulin yang nyata berbakat dalam menyunting video sedemikian.

Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda binti Abdul Aziz merupakan seorang pelakon, pelawak, pengacara, penyanyi dan penyampai radio Malaysia.

Zulin merupakan bekas alumni Pilih Kasih musim pertama dan penyampai radio Suria FM.