“Cakap kelate jadik, ckp siam jadi jgok” Artis Lain Busy Bertekak, Catriona Ross Buat Lawak Dialek Kelantan Siam

Seperti yang semua sedia maklum, hari ini masuk hari ke tujuh belas rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.

Pelbagai kisah dikongsikan di laman sosial terutama ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, si ibu yang perlu memasak setiap masa, pintu peti ais tercabut dan sebagainya.

Artis lain sibuk bertekak, pelakon ini buat kelakar

Begitu juga dengan seorang artis yang tidak mengendahkan artis yang sedang sibuk bertekak sesama sendiri, artis ini berkongsi video lucu di laman Instagram beliau.

Salah seorang artis yang dimaksudkan adalah aktres jelita bernama Catriona Ross. Pelakon ini sering berkongsi video lucu di akaun miliknya.

 

View this post on Instagram

 

Keep yourself close to those who appreciate, respect and treasure you … 💓 . Setuju ke tidaakkkk ? . Scarf @luna.serra

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Tiba-tiba anak nak makan lokching

Menerusi satu video perkongsiannya, beliau sempat membebel apabila anak di rumah meminta dimasakkan makanan popular Kelantan iaitu lokching.

Apa yang lebih mencuit hati adalah, pelakon berperangai ‘gila-gila’ kerana mula bertutur menggunakan dialek Kelantan yang begitu ‘pekat’ disulam dengan riak wajah lucu.

Bertuah anak beliau dapat ibu yang penyayang

Berusaha memenuhi permintaan anak beliau yang mahukan lokching akhirnya artis ini menceritakan bagaimana beliau berusaha memenuhi permintaan itu.

Bukan itu sahaja, jika dilihat pada akaun Instagram beliau sepanjang PKP ini berlangsung, pelbagai menu beliau kongsikan bersama pengikutnya di Instagram.

Dalam lucu ada nasihat

Selain itu, Catriona ross turut menegur orang ramai yang masih berdegil untuk mematuhi perintah berkurung dan tidak melakukan social distancing apabila berada di luar.

Pesanan yang disampaikan bertambah lucu apabila Catriona tampil dengan bahasa ala-ala Inggeris bercampur Siam.

 

View this post on Instagram

 

Banyok lagi yang dok tubek walau pong polih dan askar doh buat roadblock! Jangey degil. #KakKek ni orey tok talipon ko #KakKek 14 hari doh pun, kito tok tubek (keluar) rumoh. Kito duduk rumoh diam-diam! . . TERJEMAHAN PENDEK : Apesal ada lagi ni yang degil tak dengar cakap lagi ni ah?Keluar naik motor lah,naik kereta lah!Tak faham-faham lagi walau pun polis ada,askar pun ada! Dengar la nasihat,kita tak boleh keluar sebab kalau keluar, kita sakit! Bagitau lah dekat Cik Abang tuuu !! Tengok KakKek ni dah 14hari dia tak telefon,tak pulak buat hal nak nangis ke, nak keluar cari ke apa!!! Dah orang dah tanak kita! Kena terima lah! (menyanyi) #KakKek #KakKekBagiNasihat #HariNiKakKekNyanying #KakKekDariPatani

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Jangey buat masa’aloh

“Banyok lagi yang dok tubek walau pong polih dan askar doh buat roadblock! Jangey degil. 14 hari doh pun, kito tok tubek (keluar) rumoh. Kito duduk rumoh diam-diam”.

Beliau turut menterjemahkan dalam bahasa melayu bagi sesiapa yang mempunyai kesukaran memahami dialek yang beliau gunakan di dalam videonya

“Apesal ada lagi ni yang degil tak dengar cakap lagi ni ah?Keluar naik motor lah,naik kereta lah!”.

Tak faham lagi dah ada polis, askar pun ada 

“Tak faham-faham lagi walau pun polis ada,askar pun ada! Dengar la nasihat,kita tak boleh keluar sebab kalau keluar, kita sakit! Bagitau lah dekat Cik Abang tuuu”.

“Tengok KakKek ni dah 14hari dia tak telefon,tak pulak buat hal nak nangis ke, nak keluar cari ke apa!!! Dah orang dah tanak kita! Kena terima lah”tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

Kita love days yang ada weddings. Sebab kita teringat wedding sendiri pastu sebab boleh makan sedap! 😅😅😅

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on

Beliau turut berpesan supaya rakyat Malaysia memahami dan mematuhi peraturan sepanjang PKP ini berjalan.

Peminat mahu beliau teruskan membuat video

Video beliau bukan sahaja mendapat perhatian netizen malah turut menarik perhatian rakan-rakan artis.

Video itu seolah-olah mendedahkan sisi lain seorang Catriona Ross yang selama ini terkenal dengan watak-watak keibuan.

Ramai yang meminta beliau terus memuat naik video celoteh beliau yang lucu dan tetapi masih sempat meninggalkan pesana buat orang ramai.n rupa.