“Susah nak cari isteri mcm Dato ada skarang” Datin Shahida Tuntut Cerai Dari Aliff Syukri?

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita Dato’ Aliff Syukri yang didakwa mendera anak angkatnya, Aminah Alip Shah atau Ameena sehingga pembantu rumahnya telah membuat laporan polis. Apa jadi eh dengan kes ni?  Kali ini Aliff Syukri dilanda kontroversi lagi apabila isterinya, Datin Nur Shahida didakwa telah membuat tuntutan cerai daripadanya di mahkamah, lapor Harian Metro. [...]

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tak lekang dengan isu baru yang sentiasa menjadi bualan netizen.

Terbaru, kisah rumah tangga Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kembali diperkatakan berikutan tersebarnya surat tuntutan cerai Nur Shahida di laman sosial sejak semalam.

Namun begitu, menerusi laporan Harian Metro, Aliff ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp hanya membalas dengan emoji sedih sekali gus membuatkan perkara itu terus menjadi persoalan.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Aliff memuat naik status bernada kecewa dan sedih.

“Dalam kehidupan ini ada dua pilihan iaitu memilih atau dipilih. Jadi, kita kena tahu dan sedar. Jika kamu yang memilih pilihlah yang terbaik buat kamu dan selamanya. Jika kamu dipilih, maka jadilah yang terbaik buatnya,”

Walau bagaimanapun, menurut sumber terdekat usahawan itu, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aliff Syukri juga dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.

Namun begitu, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian.

“Sudah tiga kali JPK dibuat, tapi gagal,” menurut sumber tersebut.

Aliff Syukri dan Shahida dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.

Malah, Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nur Shahida enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas.

Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.

Aliff mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.

Aliff telah mendirikan rumah tangga pada umur 20 tahun bersama rakan sekerjanya, Datin Nur Shahida binti Mohd Rashid yang berusia 22 tahun pada ketika itu.